Al-Fateh Sejarah Malaysia
Merupakan blog berkaitan subjek CTU555 (Sejarah Malaysia). Disediakan oleh Kumpulan 15 (al-Fateh) yang terdiri daripada Nur Ain Shaqila binti Ishak, Nurmazatul Syafina binti Maktar, Noor Atika binti Mazlan, Nur Diyana Assyiqin binti Khairul Afzanizal (tidak melanjutkan sem kerana masalah kesihatan), Muhammad Firdaus bin Razmi serta Mohamad Fayyadh Zulkamal bin Mohd Mahali.
Selasa, 13 Disember 2016
Persembahan Powerpoint
BAB 3 - Timeline dari penjajahan sampai kemerdekaan
BAB 5 - Definasi politik, siasah dan kepentingannya dalam menjaga keharmonian kaum
BAB 8 - Ilmu
BAB 8 - Orang jahil dan pendosa
BAB 5 - Definasi politik, siasah dan kepentingannya dalam menjaga keharmonian kaum
BAB 8 - Ilmu
BAB 8 - Orang jahil dan pendosa
*Tekan pada tajuk yang tertera dan anda akan dihantar ke halaman powerpoint berkenaan*
Laporan Projek CTU55 : Menghormati institusi Raja, Perlembagaan dan undang-undang
Link:
https://drive.google.com/open?id=1RIG6sm6fDKt8lZ-UbFANQvbSnPFseGJvs9ev-5u0wfs
Khoo promised to take-up the issue
Malaya for the Malays: Khoo Kay Kim
Kedudukan Institusi Istana Dan Keperluan Sistem Itu Kekal Di Malaysia
Bangsa bukan bermaksud kaum: Khoo Kay Kim
The Real History Part1, by Professor Emeritus Dr. Khoo Kay Kim
AP20140826 Lagi kes Facebook diguna untuk hina Sultan
*boleh lihat dan selami sendiri setiap satu darinya*
https://drive.google.com/open?id=1RIG6sm6fDKt8lZ-UbFANQvbSnPFseGJvs9ev-5u0wfs
Video yang berkait dan dijadikan rujukan:
Khoo promised to take-up the issue
Malaya for the Malays: Khoo Kay Kim
Kedudukan Institusi Istana Dan Keperluan Sistem Itu Kekal Di Malaysia
Bangsa bukan bermaksud kaum: Khoo Kay Kim
The Real History Part1, by Professor Emeritus Dr. Khoo Kay Kim
AP20140826 Lagi kes Facebook diguna untuk hina Sultan
*boleh lihat dan selami sendiri setiap satu darinya*
Selasa, 22 November 2016
Hasil dapatan kami 20161122
Nur Ain Shaqila binti Ishak
Pada minggu ini, saya telah mempelajari tentang kisah-kisah pada zaman Rasulullah S.AW. Di sini saya ingin menekan tentang ilmu. Hal ini kerana ilmu amatlah penting kepada diri kita sebagai manusia. Tanpa ilmu, mungkin kita akan dipermainkan oleh manusia yang memandang rendah terhadap diri kita. Pada zaman Rasullah S.A.W beliau juga seringkali menerapkan ilmu itu dalam agama dan moral ketika berdakwah.
Maka, dengan ini saya berazam untuk sentiasa menuntut ilmu walaupun di mana saya berada. Sebagai seorang pelajar, saya harus mengimbangkan antara ilmu dunia dan ilmu akhirat. Kita tidak harus lupa tentang ilmu akhirat kerana ia membantu kita untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang dan sentiasa ingat akan larangan-larangan terhadap kita umat Islam serta ajaran yang dibawa oleh Rasullah S.A.W.
Nurmazatul Syafina binti Maktar
Pada hari ini saya belajar tentang pentingnya ilmu kepada manusia. Sebagai hamba kita hendaklah menuntut ilmu kerana Allah. Ini merupakan apa yang telah diajarkan oleh Rasulullah dan Salafussoleh.
Oleh itu saya berazam untuk sentiasa tajdid niat belajar kerana Allah.
Noor Atika binti Mazlan
Pada minggu ini saya telah belajar tentang Rukun Negara dengan lebih mendalam iaitu setiap maksud dari rukun negara itu sendiri.
Maka saya berazam untuk lebih menghayati dan memahami setiap rukun negara itu dan menyemai nya dalam diri setiap hari untuk membentuk jati diri rakyat Malaysia yang unggul.
Muhammad Firdaus bin Razmi
Pada minggu ini saya telah mempelajari tentang kepentingan rukun negara. Ianya bertujuan untuk menyemai serta memupuk integrasi nasional dan untuk menyemai semangat perpaduan antara kaum selepas berlakunya 13 Mei 1969. Terdapat 5 prinsip dalam rukun negara, iaitu kepercayaan kepada Tuhan, kesetian kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaa, kedaulatan undang-undang, dan kesopan dan kesusilaan.
Maka, dengan ini saya berazam untuk menghayati dan mengamalkan Rukun Negara dengan sebaik mungkin. Hal ini mampu membantu untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam seluruh kalangan masyarakat.
Mohamad Fayyadh Zulkamal bin Mohd Mahali
Pada harini saya telah belajar mengenai sirah Rasulullah S.A.W. dan salafussoleh. Diceritakan bahawa penyebaran ilmu ketika itu berkembang sehingga masyarakat Islam ketika zaman Bani Umayyah punyai kota Damsyik sebagai pusat penyebaran ilmu. Meski zaman berubah, asas pendidikan itu masih kekal sama - mengikut ramuan yang diterap Rasulullah S.A.W - yakni menggalakkan umatnya; membaca, mencatat, menghafal dan mentafsir.
Maka dengan itu saya berazam untuk menggiatkan kembali pembacaan buku, mencatat dalam bentuk mudah untuk pembacaan umum, menafsir buku atau laman sesawang berbahasa asing kepada bahasa Melayu dek kekurangan informasi dalam bahasa ibunda serta berusaha untuk menghafal isi kandungan ilmu yang diperoleh (meski sukar untuk dilakukan).
Selasa, 15 November 2016
Hasil dapatan kami 20161115
Nur Ain Shaqila binti Ishak
Saya tidak menghadiri kelas CTU555 pada minggu ini kerana terlibat dengan konvokesyen.
Noor Atika binti Mazlan
Pada hari ini saya telah belajar tentang integrasi iaitu proses untuk membentuk identiti nasional dalam kalangan etnik yang terpisah dari segregasi (budaya, agama, sosial dan penempatan). Integrasi dapat mengurangkan konflik di negara kita serta membentuk kesefahaman dan mewujudkan semangat perpaduan dalam kalangan kita. Tetapi sikap prasangka, perkauman dan sebagainya boleh menyebabkan berlakunya perpecahan.
Maka saya berazam untuk mengekalkan integrasi sebagai rakyat Malaysia supaya Malaysia terus menjadi negara contoh kerana keharmonian yang wujud dalam kepelbagain etnik.
Nurmazatul Syafina binti Maktar
Saya tidak menghadiri kelas CTU555 pada minggu ini kerana terlibat dengan konvokesyen.
Mohamad Fayyadh Zulkamal bin Mohd Mahali
Pada harini, saya telah mempelajari mengenai rukun negara. Betapa, makin kelamaan, pegangan rakyat Malaysia terhadap prinsip ini semakin lupus. Dewasa ini, wujud golongan yang dengan beraninya mempertikai kewujudan institusi raja, mempertikai perkara yang termaktub di dalam perlembagaan, memperlekeh kedaulatan undang-undang malah kesopanan dan kesusilaan itu semakin lama semakin menipis dalam sanubari kita.
Maka dengan itu saya berazam untuk mendalami dengan lebih lanjut mengenai institusi raja, perlembagaan dan undang-undang agar dapat mencari kebenaran di sebalik kesamaran media massa selain menegakkan kembali rukun negara yang semakin kendur ditarik zaman.
Muhammad Firdaus bin Razmi
Pada minggu ini, saya telah mempelajari tentang perubahan dan dasar segregasi di negara kita. Segregasi merujuk kepada pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan etnik yang lain dalam sesebuah negara. Ianya berlaku sewaktu British mengamalkan dasar pecah dan perintah. Manakala, integrasi pula merujuk kepada satu proses bagi mewujudkan satu identiti dalam kalangan etnik yang terpisah dari segi budaya, agama, sosial dan kawasan penempatan. Integrasi ini dapat dilihat seperti mana yang ada pada zaman sekarang.
Maka dengan ini saya berazam untuk memelihara integrasi ini dengan memahami budaya dan perbezaan budaya dan agama kaum lain dan tidak mewujudkan perkara-perkara yang boleh mencetuskan perpecahan dalam kalangan masyarakat seperti sikap prasangka, perkauman, diskriminasi, streotaip, rasisme dan etnosentrisme.
Selasa, 8 November 2016
Tugasan
1) Dalam dasar wawasan 2020, terdapat 9 cabaran, analisakan setakat mana keupayaan rakyat Malaysia menghadapi 9 cabaran itu
Cabaran yang perlu dihadapi:
- Mewujudkan sebuah negara yang bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama iaitu sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, bekerjasama sepenuhnya, secara adil dan didokong oleh satu bangsa malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.
- Mewujudkan sebuah negara yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang ada, dengan apa yang dicapai, gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat malaysia yang mudah dikenali dari sikap ingin mencapai kecemerlangan, sedar semula kemampuannya, tidak mengalah kepada sesiapa dan dihormati oleh rakyat negara lain.
- Mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik dan mengamalkan satu bentuk persefahaman matang iaitu demokrasi malaysia yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun.
- Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika, kukuh dalam nilai agama dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika yang tinggi.
- Mewujudkan masyarakat yang liberal dan bertolak ansur, di mana masyarakat pelbagai kaum di malaysia bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka pada satu negara.
- Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke hadapan yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.
- Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu satu sistem sosial yang mana kepentingan masyarakat adalah lebih utama daripada diri sendiri, yang mana kebajikan insan tidak akan berkisar kepada orang perseorangan tetapi disekeliling sistem keluarga yang kukuh.
- Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. iaitu masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, yang mana wujud perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi dan kemunduran ekonomi berdasarkan kaum.
- Memujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi yang boleh bersaing, dinamik, giat dan berdaya tahan.
Analisa berkait setiap satu cabaran
(i) Pembentukan Satu Negara Bangsa Malaysia
Konsep satu negara bangsa mempunyai makna yang dalam kerana ia bermaksud sebuah negara berdaulat yang rakyatnya tidak dapat diidentifikasikan melalui kaum, keturunan atau warna kulit. Pembentukan satu negara bangsa adalah menjadi pra-syarat kepada kemajuan kerana tanpa rakyatnya mempunyai satu pemikiran terhadap satu negara dan bangsa, sebarang bentuk kerjasama untuk maju tidak akan terjalin. Bagi mengisi konsep ini istilah seperti perpaduan negara, kesetiaan kepada negara, keharmonian dan toleransi perlulah difahami dan diamalkan.
Konsep satu negara bangsa mempunyai makna yang dalam kerana ia bermaksud sebuah negara berdaulat yang rakyatnya tidak dapat diidentifikasikan melalui kaum, keturunan atau warna kulit. Pembentukan satu negara bangsa adalah menjadi pra-syarat kepada kemajuan kerana tanpa rakyatnya mempunyai satu pemikiran terhadap satu negara dan bangsa, sebarang bentuk kerjasama untuk maju tidak akan terjalin. Bagi mengisi konsep ini istilah seperti perpaduan negara, kesetiaan kepada negara, keharmonian dan toleransi perlulah difahami dan diamalkan.
(ii) Negara Perindustrian
Negara yang telah berjaya mengubah corak ekonomi dan kehidupannya daripada pertanian kepada perindustrian adalah mempunyai status negara maju. Wawasan 2020 berkehendakkan rakyat Malaysia meneruskan proses transformasi ini yang telah dimulakan sejak merdeka lagi kerana pencapaian sekarang masih lagi di pertengahan jalan. Ini adalah kerana proses ini bukan sahaja melibatkan transformasi daripada kehidupan bertani kepada perindustrian malah ia juga melibatkan perubahan teknologi, ekonomi, sosial dan kebudayaan.
Masyarakat negara maju adalah masyarakat yang didokong oleh kemahiran dan kepakaran sains dan teknologi yang tinggi yang bukan setakat boleh mencedok atau mengubahsuai sahaja tetapi ia mestilah boleh mencipta, menambah dan memperbaharui. Bagi mencapai taraf negara perindustrian pertumbuhan ekonomi yang amat pesat amatlah penting. Ia sudah tentunya berkait dengan sumbangan sektor perdagangan dan komersial yang secara langsung melibatkan soal modal, pelaburan, daya saing, kualiti tenaga kerja, berdikari dan kekentalan menghadapi cabaran-cabaran. Di peringkat ini peranan sektor swasta amatlah besar kerana ia akan menjadi jentera Pertumbuhan.
(iii) Keadilan Ekonomi dan Sosial
Penwujudan satu masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi dan sosial memang tidak dapat disangkal sebagai satu cabaran besar yang perlu dihadapi bagi penwujudan satu negara maju dan bersatu. Ini ialah kerana dalam sebuah negara maju tidak patut wujud keadaan di mana satu golongan rakyat mempunyai segala-galanya sedangkan satu golongan lagi tercicir.
(iii) Keadilan Ekonomi dan Sosial
Penwujudan satu masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi dan sosial memang tidak dapat disangkal sebagai satu cabaran besar yang perlu dihadapi bagi penwujudan satu negara maju dan bersatu. Ini ialah kerana dalam sebuah negara maju tidak patut wujud keadaan di mana satu golongan rakyat mempunyai segala-galanya sedangkan satu golongan lagi tercicir.
Pernyataan Wawasan ini adalah mempakan penegasan semula keatas isu yang sentiasa diberi dan meminta perhatian utama iaitu pembasmian kemiskinan, keseimbangan sosioekonomi di antara kaum, di antara wilayah, di antara negeri dan diantara bandar dan luar bandar. Dalam konteks ini Wawasan 2020 sebenarnya telah meminta semua rakyat Malaysia tidak salah tafsir terhadap bantuan yang diberikan kepada sesuatu kaum golongan sebagai tidak adil, sebaliknya hendaklah menganggapnya sebagai satu usaha bagi memperbaiki ketidak-adilan. Kesungguhan bagi mencapai tahap keseimbangan ini seterusnya telah diterjemahkan ke dalam objektif Dasar Pembangunan Nasional dan dilaksanakan melalui program dan projek Rancangan Malaysia Keenam.
(iv) Moral dan Etika
Berlainan dengan konsep negara maju yang ada sekarang yang lebih bercirikan kebendaan, negara maju ala-Malaysia yang dicita-citakan seharusnyalah berpegang kepada falsafah moral dan etika yang tinggi berasaskan kepercayaan agama. Penganutan falsafah ini adalah penting kerana kemajuan kebendaan tanpa nilai-nilai moral dan etika tidak akan mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian yang berkekalan sebaliknya banyak membawa keburukan. Pengamalan nilai-nilai murni (seperti di dalam Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam) akan menjadi faktor penghalang dalaman untuk tidak menyalahgunakan kemahiran atau kekayaan yang dimiliki.
(v) Pembangunan Masyarakat Berdasarkan Sistem Kekeluargaan
Wawasan ini telah mengetengahkan perkara pokok sistem sosial iaitu pembangunan keluarga berdasarkan hakikat bahawa keluarga menjadi asas pembentukan masyarakat dan masyarakat pula menjadi asas pembinaan negara. Ini membawa maksud bahawa kekuatan dan kemajuan sesebuah negara itu bermula dan terletak pada keluarga dan masyarakat. Penegasan ini amatlah benar kerana keluarga (rumah tangga) dan masyarakatlah yang mencorakkan kualiti individu yang menjadi rakyat dan pemimpin sesebuah negara. Budaya bangsa yang merangkumi sistem nilai dan cara hidup (termasuk masyarakat penyayang dan budaya menyayangi) sebagaimana yang dicita-citakan dalam Wawasan ini hendaklah digerakkan dari awal lagi dan ini memerlukan rakyat menyedari kepentingan institusi keluarga dalam memajukan negara dan mengambil langkah-langkah perlu bagi mewujudkan keluarga dan masyarakat yang sempurna .
2) Isu ekonomi, bagaimanakah kerajaan merealisasikan agihan kekayaan yang adil kepada semua rakyat
Ini mungkin kedengaran berat sebelah, namun, realitinya, pengagihan kekayaan secara adil hanya boleh dicapai bilamana kerajaan mengamalkan ekonomi Islam yang sebetulnya mengikut panduan ketika zaman Rasulullah S.A.W sehingga zaman salafussoleh.
Mengikut Afzal-Ur-Rahman (1991), ekonomi Islam telah mengemukakan langkah-langkah tertentu untuk mencapai agihan kekayaan yang saksama dalam kalangan masyarakat. Sistem yang melarang amalan bunga dan kaedah pembahagian harta pusaka bersandarkan Islam dapat menutup lopongan yang dimiliki kaedah ekonomi konvensional.
Islam memberi hak dan semangat kepada individu untuk memiliki harta disamping memberi peringatan supaya mereka menggunakan sumber-sumber yang mereka warisi dengan cara terbaik.
Orang-orang Islam diingatkan supaya tidak membataskan kekayaan untuk diri mereka sahaja. Selepas memenuhi keperluan mereka secara sederhana, mereka perlu menunaikan tanggungjawab terhadap saudara mara, jiran dan orang lain yang memerlukan dalam masyarakat. Ini menunjukkan adanya perkhidmatan sosial dan pendidikan moral dalam pemilikan kekayaan. Untuk mencapai objektif agihan pendapatan yang lebih adil, Islam menggariskan, (1) langkah undang-undang, dan (2) langkah positif tertentu yang meliputi berbagai cadangan untuk memperbaiki pengagihan semula pendapatan. Bahagian pertama ini saya akan menyentuh langkah undang-undang: langkah-langkah positif dalam pengagihan pendapatan yang adil.
Langkah-langkah positif dibuat bertujuan untuk menghalang pemusatan kekayaan dan untuk membantu mengembangkan kekayaan kepada semua lapisan masyarakat. Alat-alat yang digunakan ialah:
- Zakat
- Baitulmal
- Faraid
- Wasiat
- Sumber-sumber lain
Mendalami dan mengamalkan sistem ekonomi Islam yang sebenar bakal mengubah kedudukan ekonomi negara sekaligus memberi peluang agar kekayaan dapat dicapai.
Tuntasnya, segalanya tertumpu kepada usaha individu yang memegang tampuk kerajaan; samada mereka ingin menjalankan sistem yang telus ataupun mengagihkan kekayaan dalam kalangan mereka sahaja.
Dabik dada, tanya selera, dabik hati, tanya iman.
Hasil dapatan kami 20161108
Nur Ain Shaqila binti Ishak
Pada minggu ini, saya telah mempelajari tentang bagaimana untuk memupuk integrasi di Malaysia. Walaupun pelbagai cabaran yang dihadapi untuk memupuk integrasi di Malaysia namun ia pasti dapat jua dipupuk. Integrasi adalah satu proses penyesuaian bersama pelbagai kelompok etnik, identiti, budaya dan hak hidup sesuatu kumpulan etnik tidak dihapuskan tetapi disuburkan. Selain itu. Pada hari ini juga saya mempelajari tentang survival Melayu dan Bumiputera yang mana merupakan satu usaha untuk memastikan kehidupan dan kewujudan orang Melayu dan Bumiputera terus dijamin dari semasa ke semasa.
Maka, dengan ini saya berazam untuk menyokong pihak yang sentiasa ingin memupuk semangat integrasi di negara ini walapun negara kita mempunyai pelbagai jenis bangsa dan agama tetapi kita hendaklah sentiasa menyokong cadangan untuk memupuk semangat bersatu padu dalam kalangan masyarakat di negara ini. Saya juga hendaklah menerapkan sikap hormat terhadap pemimpin-pemimpin dahulu kerana mereka adalah pemimpin yang sentiasa memperbaiki kehidupan kita, orang Melayu di negara ini supaya lebih teratur dan saksama.
Noor Atika binti Mazlan
Pada hari ini saya telah belajar tentang integrasi iaitu proses untuk membentuk identiti nasional dalam kalangan etnik yang terpisah dari segregasi (budaya, agama, sosial dan penempatan). Integrasi dapat mengurangkan konflik di negara kita serta membentuk kesefahaman dan mewujudkan semangat perpaduan dalam kalangan kita. Tetapi sikap prasangka, perkauman dan sebagainya boleh menyebabkan berlakunya perpecahan.
Maka saya berazam untuk mengekalkan integrasi sebagai rakyat Malaysia supaya Malaysia terus menjadi negara contoh kerana keharmonian yang wujud dalam kepelbagain etnik.
Nurmazatul Syafina binti Maktar
Pada hari ini saya belajar tentang rukun Negara yang keempat iaitu kedaulatan undang-undang yang mewajibkan rakyat Malaysia mematuhi undang-undang yang telah digubal oleh badan perundangan.
Oleh itu saya berazam untuk menjadi rakyat yang mematuhi akan undang undang yang telah ditetapkan.
Noor Atika binti Mazlan
Saya tidak menghadiri kelas CTU555 pada minggu ini kerana terlibat dengan konvokesyen.
Mohamad Fayyadh Zulkamal bin Mohd Mahali
Saya tidak menghadiri kelas CTU555 pada minggu ini kerana terlibat dengan konvokesyen.
Muhammad Firdaus bin Razmi
Saya tidak menghadiri kelas CTU555 pada minggu ini kerana terlibat dengan konvokesyen.
Langgan:
Ulasan (Atom)