Selasa, 15 November 2016

Hasil dapatan kami 20161115

Nur Ain Shaqila binti Ishak

Saya tidak menghadiri kelas CTU555 pada minggu ini kerana terlibat dengan konvokesyen.

Noor Atika binti Mazlan

Pada hari ini saya telah belajar tentang integrasi iaitu proses untuk membentuk identiti nasional dalam kalangan etnik yang terpisah dari segregasi (budaya, agama, sosial dan penempatan). Integrasi dapat mengurangkan konflik di negara kita serta membentuk kesefahaman dan mewujudkan semangat perpaduan dalam kalangan kita. Tetapi sikap prasangka, perkauman dan sebagainya boleh menyebabkan berlakunya perpecahan. 

Maka saya berazam untuk mengekalkan integrasi sebagai rakyat Malaysia supaya Malaysia terus menjadi negara contoh kerana keharmonian yang wujud dalam kepelbagain etnik.

Nurmazatul Syafina binti Maktar


Saya tidak menghadiri kelas CTU555 pada minggu ini kerana terlibat dengan konvokesyen.



Mohamad Fayyadh Zulkamal bin Mohd Mahali
Pada harini, saya telah mempelajari mengenai rukun negara. Betapa, makin kelamaan, pegangan rakyat Malaysia terhadap prinsip ini semakin lupus. Dewasa ini, wujud golongan yang dengan beraninya mempertikai kewujudan institusi raja, mempertikai perkara yang termaktub di dalam perlembagaan, memperlekeh kedaulatan undang-undang malah kesopanan dan kesusilaan itu semakin lama semakin menipis dalam sanubari kita. 
Maka dengan itu saya berazam untuk mendalami dengan lebih lanjut mengenai institusi raja, perlembagaan dan undang-undang agar dapat mencari kebenaran di sebalik kesamaran media massa selain menegakkan kembali rukun negara yang semakin kendur ditarik zaman.
Muhammad Firdaus bin Razmi 
Pada minggu ini, saya telah mempelajari tentang perubahan dan dasar segregasi di negara kita. Segregasi merujuk kepada pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan etnik yang lain dalam sesebuah negara. Ianya berlaku sewaktu British mengamalkan dasar pecah dan perintah. Manakala, integrasi pula merujuk kepada satu proses bagi mewujudkan satu identiti dalam kalangan etnik yang terpisah dari segi budaya, agama, sosial dan kawasan penempatan. Integrasi ini dapat dilihat seperti mana yang ada pada zaman sekarang.
Maka dengan ini saya berazam untuk memelihara integrasi ini dengan memahami budaya dan perbezaan budaya dan agama kaum lain dan tidak mewujudkan perkara-perkara yang boleh mencetuskan perpecahan dalam kalangan masyarakat seperti sikap prasangka, perkauman, diskriminasi, streotaip, rasisme dan etnosentrisme.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan