Nur Ain Shaqila binti Ishak
Pada minggu ini, saya telah mempelajari tentang kisah-kisah pada zaman Rasulullah S.AW. Di sini saya ingin menekan tentang ilmu. Hal ini kerana ilmu amatlah penting kepada diri kita sebagai manusia. Tanpa ilmu, mungkin kita akan dipermainkan oleh manusia yang memandang rendah terhadap diri kita. Pada zaman Rasullah S.A.W beliau juga seringkali menerapkan ilmu itu dalam agama dan moral ketika berdakwah.
Maka, dengan ini saya berazam untuk sentiasa menuntut ilmu walaupun di mana saya berada. Sebagai seorang pelajar, saya harus mengimbangkan antara ilmu dunia dan ilmu akhirat. Kita tidak harus lupa tentang ilmu akhirat kerana ia membantu kita untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang dan sentiasa ingat akan larangan-larangan terhadap kita umat Islam serta ajaran yang dibawa oleh Rasullah S.A.W.
Nurmazatul Syafina binti Maktar
Pada hari ini saya belajar tentang pentingnya ilmu kepada manusia. Sebagai hamba kita hendaklah menuntut ilmu kerana Allah. Ini merupakan apa yang telah diajarkan oleh Rasulullah dan Salafussoleh.
Oleh itu saya berazam untuk sentiasa tajdid niat belajar kerana Allah.
Noor Atika binti Mazlan
Pada minggu ini saya telah belajar tentang Rukun Negara dengan lebih mendalam iaitu setiap maksud dari rukun negara itu sendiri.
Maka saya berazam untuk lebih menghayati dan memahami setiap rukun negara itu dan menyemai nya dalam diri setiap hari untuk membentuk jati diri rakyat Malaysia yang unggul.
Muhammad Firdaus bin Razmi
Pada minggu ini saya telah mempelajari tentang kepentingan rukun negara. Ianya bertujuan untuk menyemai serta memupuk integrasi nasional dan untuk menyemai semangat perpaduan antara kaum selepas berlakunya 13 Mei 1969. Terdapat 5 prinsip dalam rukun negara, iaitu kepercayaan kepada Tuhan, kesetian kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaa, kedaulatan undang-undang, dan kesopan dan kesusilaan.
Maka, dengan ini saya berazam untuk menghayati dan mengamalkan Rukun Negara dengan sebaik mungkin. Hal ini mampu membantu untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam seluruh kalangan masyarakat.
Mohamad Fayyadh Zulkamal bin Mohd Mahali
Pada harini saya telah belajar mengenai sirah Rasulullah S.A.W. dan salafussoleh. Diceritakan bahawa penyebaran ilmu ketika itu berkembang sehingga masyarakat Islam ketika zaman Bani Umayyah punyai kota Damsyik sebagai pusat penyebaran ilmu. Meski zaman berubah, asas pendidikan itu masih kekal sama - mengikut ramuan yang diterap Rasulullah S.A.W - yakni menggalakkan umatnya; membaca, mencatat, menghafal dan mentafsir.
Maka dengan itu saya berazam untuk menggiatkan kembali pembacaan buku, mencatat dalam bentuk mudah untuk pembacaan umum, menafsir buku atau laman sesawang berbahasa asing kepada bahasa Melayu dek kekurangan informasi dalam bahasa ibunda serta berusaha untuk menghafal isi kandungan ilmu yang diperoleh (meski sukar untuk dilakukan).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan