Selasa, 22 November 2016

Hasil dapatan kami 20161122

Nur Ain Shaqila binti Ishak

Pada minggu ini, saya telah mempelajari tentang kisah-kisah pada zaman Rasulullah S.AW.  Di sini saya ingin menekan tentang ilmu. Hal ini kerana ilmu amatlah penting kepada diri kita sebagai manusia. Tanpa ilmu, mungkin kita akan dipermainkan oleh manusia yang memandang rendah terhadap diri kita. Pada zaman Rasullah S.A.W beliau juga seringkali menerapkan ilmu itu dalam agama dan moral ketika berdakwah.
Maka, dengan ini saya berazam untuk sentiasa menuntut ilmu walaupun di mana saya berada. Sebagai seorang pelajar, saya harus mengimbangkan antara ilmu dunia dan ilmu akhirat. Kita tidak harus lupa tentang ilmu akhirat kerana ia membantu kita untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang dan sentiasa ingat akan larangan-larangan terhadap kita umat Islam serta ajaran yang dibawa oleh Rasullah S.A.W.
Nurmazatul Syafina binti Maktar

Pada hari ini saya belajar tentang pentingnya ilmu kepada manusia. Sebagai hamba kita hendaklah menuntut ilmu kerana Allah. Ini merupakan apa yang telah diajarkan oleh Rasulullah dan Salafussoleh.
Oleh itu saya berazam untuk sentiasa tajdid niat belajar kerana Allah.

Noor Atika binti Mazlan

Pada minggu ini saya telah belajar tentang Rukun Negara dengan lebih mendalam iaitu  setiap maksud dari rukun negara itu sendiri.
Maka saya berazam untuk lebih menghayati dan memahami setiap rukun negara itu dan menyemai nya dalam diri setiap hari untuk membentuk jati diri rakyat Malaysia yang unggul.

Muhammad Firdaus bin Razmi

Pada minggu ini saya telah mempelajari tentang kepentingan rukun negara. Ianya bertujuan untuk menyemai serta memupuk integrasi nasional dan untuk menyemai semangat perpaduan antara kaum selepas berlakunya 13 Mei 1969. Terdapat 5 prinsip dalam rukun negara, iaitu kepercayaan kepada Tuhan, kesetian kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaa, kedaulatan undang-undang, dan kesopan dan kesusilaan.

Maka, dengan ini saya berazam untuk menghayati dan mengamalkan Rukun Negara dengan sebaik mungkin. Hal ini mampu membantu untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam seluruh kalangan masyarakat.

Mohamad Fayyadh Zulkamal bin Mohd Mahali

Pada harini saya telah belajar mengenai sirah Rasulullah S.A.W. dan salafussoleh. Diceritakan bahawa penyebaran ilmu ketika itu berkembang sehingga masyarakat Islam ketika zaman Bani Umayyah punyai kota Damsyik sebagai pusat penyebaran ilmu. Meski zaman berubah, asas pendidikan itu masih kekal sama - mengikut ramuan yang diterap Rasulullah S.A.W - yakni menggalakkan umatnya; membaca, mencatat, menghafal dan mentafsir.

Maka dengan itu saya berazam untuk menggiatkan kembali pembacaan buku, mencatat dalam bentuk mudah untuk pembacaan umum, menafsir buku atau laman sesawang berbahasa asing kepada bahasa Melayu dek kekurangan informasi dalam bahasa ibunda serta berusaha untuk menghafal isi kandungan ilmu yang diperoleh (meski sukar untuk dilakukan).

Selasa, 15 November 2016

Hasil dapatan kami 20161115

Nur Ain Shaqila binti Ishak

Saya tidak menghadiri kelas CTU555 pada minggu ini kerana terlibat dengan konvokesyen.

Noor Atika binti Mazlan

Pada hari ini saya telah belajar tentang integrasi iaitu proses untuk membentuk identiti nasional dalam kalangan etnik yang terpisah dari segregasi (budaya, agama, sosial dan penempatan). Integrasi dapat mengurangkan konflik di negara kita serta membentuk kesefahaman dan mewujudkan semangat perpaduan dalam kalangan kita. Tetapi sikap prasangka, perkauman dan sebagainya boleh menyebabkan berlakunya perpecahan. 

Maka saya berazam untuk mengekalkan integrasi sebagai rakyat Malaysia supaya Malaysia terus menjadi negara contoh kerana keharmonian yang wujud dalam kepelbagain etnik.

Nurmazatul Syafina binti Maktar


Saya tidak menghadiri kelas CTU555 pada minggu ini kerana terlibat dengan konvokesyen.



Mohamad Fayyadh Zulkamal bin Mohd Mahali
Pada harini, saya telah mempelajari mengenai rukun negara. Betapa, makin kelamaan, pegangan rakyat Malaysia terhadap prinsip ini semakin lupus. Dewasa ini, wujud golongan yang dengan beraninya mempertikai kewujudan institusi raja, mempertikai perkara yang termaktub di dalam perlembagaan, memperlekeh kedaulatan undang-undang malah kesopanan dan kesusilaan itu semakin lama semakin menipis dalam sanubari kita. 
Maka dengan itu saya berazam untuk mendalami dengan lebih lanjut mengenai institusi raja, perlembagaan dan undang-undang agar dapat mencari kebenaran di sebalik kesamaran media massa selain menegakkan kembali rukun negara yang semakin kendur ditarik zaman.
Muhammad Firdaus bin Razmi 
Pada minggu ini, saya telah mempelajari tentang perubahan dan dasar segregasi di negara kita. Segregasi merujuk kepada pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan etnik yang lain dalam sesebuah negara. Ianya berlaku sewaktu British mengamalkan dasar pecah dan perintah. Manakala, integrasi pula merujuk kepada satu proses bagi mewujudkan satu identiti dalam kalangan etnik yang terpisah dari segi budaya, agama, sosial dan kawasan penempatan. Integrasi ini dapat dilihat seperti mana yang ada pada zaman sekarang.
Maka dengan ini saya berazam untuk memelihara integrasi ini dengan memahami budaya dan perbezaan budaya dan agama kaum lain dan tidak mewujudkan perkara-perkara yang boleh mencetuskan perpecahan dalam kalangan masyarakat seperti sikap prasangka, perkauman, diskriminasi, streotaip, rasisme dan etnosentrisme.

Selasa, 8 November 2016

Tugasan

1) Dalam dasar wawasan 2020, terdapat 9 cabaran, analisakan setakat mana keupayaan rakyat Malaysia menghadapi 9 cabaran itu

Cabaran yang perlu dihadapi:

  1. Mewujudkan sebuah negara yang bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama iaitu sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, bekerjasama sepenuhnya, secara adil dan didokong oleh satu bangsa malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.
  2. Mewujudkan sebuah negara yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang ada, dengan apa yang dicapai, gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat malaysia yang mudah dikenali dari sikap ingin mencapai kecemerlangan, sedar semula kemampuannya, tidak mengalah kepada sesiapa dan dihormati oleh rakyat negara lain.
  3. Mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik dan mengamalkan satu bentuk persefahaman matang iaitu demokrasi malaysia yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun.
  4. Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika, kukuh dalam nilai agama dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika yang tinggi.
  5. Mewujudkan masyarakat yang liberal dan bertolak ansur, di mana masyarakat pelbagai kaum di malaysia bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka pada satu negara.
  6. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke hadapan yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.
  7. Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu satu sistem sosial yang mana kepentingan masyarakat adalah lebih utama daripada diri sendiri, yang mana kebajikan insan tidak akan berkisar kepada orang perseorangan tetapi disekeliling sistem keluarga yang kukuh.
  8. Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. iaitu masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, yang mana wujud perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi dan kemunduran ekonomi berdasarkan kaum.
  9. Memujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi yang boleh bersaing, dinamik, giat dan berdaya tahan. 
Analisa berkait setiap satu cabaran
(i)  Pembentukan Satu Negara Bangsa Malaysia 
Konsep satu negara bangsa mempunyai makna yang dalam kerana ia bermaksud sebuah negara berdaulat yang rakyatnya tidak dapat diidentifikasikan melalui kaum, keturunan atau warna kulit. Pembentukan satu negara bangsa adalah menjadi pra-syarat kepada kemajuan kerana tanpa rakyatnya mempunyai satu pemikiran terhadap satu negara dan bangsa, sebarang bentuk kerjasama untuk maju tidak akan terjalin. Bagi mengisi konsep ini istilah seperti perpaduan negara, kesetiaan kepada negara, keharmonian dan toleransi perlulah difahami dan diamalkan.

(ii)  Negara Perindustrian 
Negara yang telah berjaya mengubah corak ekonomi dan kehidupannya daripada pertanian kepada perindustrian adalah mempunyai status negara maju. Wawasan 2020 berkehendakkan rakyat Malaysia meneruskan proses transformasi ini yang telah dimulakan sejak merdeka lagi kerana pencapaian sekarang masih lagi di pertengahan jalan. Ini adalah kerana proses ini bukan sahaja melibatkan transformasi daripada kehidupan bertani kepada perindustrian malah ia juga melibatkan perubahan teknologi, ekonomi, sosial dan kebudayaan.   
Masyarakat negara maju adalah masyarakat yang didokong oleh kemahiran dan kepakaran sains dan teknologi yang tinggi yang bukan setakat boleh mencedok atau mengubahsuai sahaja tetapi ia mestilah boleh mencipta, menambah dan memperbaharui. Bagi mencapai taraf negara perindustrian pertumbuhan ekonomi yang amat pesat amatlah penting. Ia sudah tentunya berkait dengan sumbangan sektor perdagangan dan komersial yang secara langsung melibatkan soal modal, pelaburan, daya saing, kualiti tenaga kerja, berdikari dan kekentalan menghadapi cabaran-cabaran. Di peringkat ini peranan sektor swasta amatlah besar kerana ia akan menjadi jentera Pertumbuhan.
   
(iii)  Keadilan Ekonomi dan Sosial 
Penwujudan satu masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi dan sosial memang tidak dapat disangkal sebagai satu cabaran besar yang perlu dihadapi bagi penwujudan satu negara maju dan bersatu. Ini ialah kerana dalam sebuah negara maju tidak patut wujud keadaan di mana satu golongan rakyat mempunyai segala-galanya sedangkan satu golongan lagi tercicir.

Pernyataan Wawasan ini adalah mempakan penegasan semula keatas isu yang sentiasa diberi dan meminta perhatian utama iaitu pembasmian kemiskinan, keseimbangan sosioekonomi di antara kaum, di antara wilayah, di antara negeri dan diantara bandar dan luar bandar. Dalam konteks ini Wawasan 2020 sebenarnya telah meminta semua rakyat Malaysia tidak salah tafsir terhadap bantuan yang diberikan kepada sesuatu kaum golongan sebagai tidak adil, sebaliknya hendaklah menganggapnya sebagai satu usaha bagi memperbaiki ketidak-adilan. Kesungguhan bagi mencapai tahap keseimbangan ini seterusnya telah diterjemahkan ke dalam objektif Dasar Pembangunan Nasional dan dilaksanakan melalui program dan projek Rancangan Malaysia Keenam.

(iv)  Moral dan Etika 
Berlainan dengan konsep negara maju yang ada sekarang yang lebih bercirikan kebendaan, negara maju ala-Malaysia yang dicita-citakan seharusnyalah berpegang kepada falsafah moral dan etika yang tinggi berasaskan kepercayaan agama. Penganutan falsafah ini adalah penting kerana kemajuan kebendaan tanpa nilai-nilai moral dan etika tidak akan mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian yang berkekalan sebaliknya banyak membawa keburukan. Pengamalan nilai-nilai murni (seperti di dalam Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam) akan menjadi faktor penghalang dalaman untuk tidak menyalahgunakan kemahiran atau kekayaan yang dimiliki.

(v)  Pembangunan Masyarakat Berdasarkan Sistem Kekeluargaan 
Wawasan ini telah mengetengahkan perkara pokok sistem sosial iaitu pembangunan keluarga berdasarkan hakikat bahawa keluarga menjadi asas pembentukan masyarakat dan masyarakat pula menjadi asas pembinaan negara. Ini membawa maksud bahawa kekuatan dan kemajuan sesebuah negara itu bermula dan terletak pada keluarga dan masyarakat. Penegasan ini amatlah benar kerana keluarga (rumah tangga) dan masyarakatlah yang mencorakkan kualiti individu yang menjadi rakyat dan pemimpin sesebuah negara. Budaya bangsa yang merangkumi sistem nilai dan cara hidup (termasuk masyarakat penyayang dan budaya menyayangi) sebagaimana yang dicita-citakan dalam Wawasan ini hendaklah digerakkan dari awal lagi dan ini memerlukan rakyat menyedari kepentingan institusi keluarga dalam memajukan negara dan mengambil langkah-langkah perlu bagi mewujudkan keluarga dan masyarakat yang sempurna   . 


2) Isu ekonomi, bagaimanakah kerajaan merealisasikan agihan kekayaan yang adil kepada semua rakyat

Ini mungkin kedengaran berat sebelah, namun, realitinya, pengagihan kekayaan secara adil hanya boleh dicapai bilamana kerajaan mengamalkan ekonomi Islam yang sebetulnya mengikut panduan ketika zaman Rasulullah S.A.W sehingga zaman salafussoleh.

Mengikut Afzal-Ur-Rahman (1991), ekonomi Islam telah mengemukakan langkah-langkah tertentu untuk mencapai agihan kekayaan yang saksama dalam kalangan masyarakat. Sistem yang melarang amalan bunga dan kaedah pembahagian harta pusaka bersandarkan Islam dapat menutup lopongan yang dimiliki kaedah ekonomi konvensional.

Islam memberi hak dan semangat kepada individu untuk memiliki harta disamping memberi peringatan supaya mereka menggunakan sumber-sumber yang mereka warisi dengan cara terbaik.
Orang-orang Islam diingatkan supaya tidak membataskan kekayaan untuk diri mereka sahaja. Selepas memenuhi keperluan mereka secara sederhana, mereka perlu menunaikan tanggungjawab terhadap saudara mara, jiran dan orang lain yang memerlukan dalam masyarakat. Ini menunjukkan adanya perkhidmatan sosial dan pendidikan moral dalam pemilikan kekayaan. Untuk mencapai objektif agihan pendapatan yang lebih adil, Islam menggariskan, (1) langkah undang-undang, dan (2) langkah positif tertentu yang meliputi berbagai cadangan untuk memperbaiki pengagihan semula pendapatan. Bahagian pertama ini saya akan menyentuh langkah undang-undang: langkah-langkah positif dalam pengagihan pendapatan yang adil.

Langkah-langkah positif dibuat bertujuan untuk menghalang pemusatan kekayaan dan untuk membantu mengembangkan kekayaan kepada semua lapisan masyarakat. Alat-alat yang digunakan ialah:
  1. Zakat
  2. Baitulmal
  3. Faraid
  4. Wasiat
  5. Sumber-sumber lain

Mendalami dan mengamalkan sistem ekonomi Islam yang sebenar bakal mengubah kedudukan ekonomi negara sekaligus memberi peluang agar kekayaan dapat dicapai.

Tuntasnya, segalanya tertumpu kepada usaha individu yang memegang tampuk kerajaan; samada mereka ingin menjalankan sistem yang telus ataupun mengagihkan kekayaan dalam kalangan mereka sahaja. 
Dabik dada, tanya selera, dabik hati, tanya iman.

Hasil dapatan kami 20161108

Nur Ain Shaqila binti Ishak

Pada minggu ini, saya telah mempelajari tentang bagaimana untuk memupuk integrasi di Malaysia. Walaupun pelbagai cabaran yang dihadapi untuk memupuk integrasi di Malaysia namun ia pasti dapat jua dipupuk. Integrasi adalah satu proses penyesuaian bersama pelbagai kelompok etnik, identiti, budaya dan hak hidup sesuatu kumpulan etnik tidak dihapuskan tetapi disuburkan. Selain itu. Pada hari ini juga saya mempelajari tentang survival Melayu dan Bumiputera yang mana merupakan satu usaha untuk memastikan kehidupan dan kewujudan orang Melayu dan Bumiputera terus dijamin dari semasa ke semasa.

Maka, dengan ini saya berazam untuk menyokong pihak yang sentiasa ingin memupuk semangat integrasi di negara ini walapun negara kita mempunyai pelbagai jenis bangsa dan agama tetapi kita hendaklah sentiasa menyokong cadangan untuk memupuk semangat bersatu padu dalam kalangan masyarakat di negara ini. Saya juga hendaklah menerapkan sikap hormat terhadap pemimpin-pemimpin dahulu kerana mereka adalah pemimpin yang sentiasa memperbaiki kehidupan kita, orang Melayu di negara ini supaya lebih teratur dan saksama.

Noor Atika binti Mazlan
Pada hari ini saya telah belajar tentang integrasi iaitu proses untuk membentuk identiti nasional dalam kalangan etnik yang terpisah dari segregasi (budaya, agama, sosial dan penempatan). Integrasi dapat mengurangkan konflik di negara kita serta membentuk kesefahaman dan mewujudkan semangat perpaduan dalam kalangan kita. Tetapi sikap prasangka, perkauman dan sebagainya boleh menyebabkan berlakunya perpecahan. 

Maka saya berazam untuk mengekalkan integrasi sebagai rakyat Malaysia supaya Malaysia terus menjadi negara contoh kerana keharmonian yang wujud dalam kepelbagain etnik.

Nurmazatul Syafina binti Maktar

Pada hari ini saya belajar tentang rukun Negara yang keempat iaitu kedaulatan undang-undang yang mewajibkan rakyat Malaysia mematuhi undang-undang yang telah digubal oleh badan perundangan.


Oleh itu saya berazam untuk menjadi rakyat yang mematuhi akan undang undang yang telah ditetapkan.

Noor Atika binti Mazlan
Saya tidak menghadiri kelas CTU555 pada minggu ini kerana terlibat dengan konvokesyen.

Mohamad Fayyadh Zulkamal bin Mohd Mahali

Saya tidak menghadiri kelas CTU555 pada minggu ini kerana terlibat dengan konvokesyen.

Muhammad Firdaus bin Razmi

Saya tidak menghadiri kelas CTU555 pada minggu ini kerana terlibat dengan konvokesyen.


Selasa, 1 November 2016

Tugasan : Topik 4

1) Dengan  mengambil pembangunan yang dilakukan Rasulullah, bincangkan usaha pembaikan ekonomi yang boleh dijalankan sekarang?


Langkah langkah yang boleh diambil oleh Malaysia dalam penambahbaikan ekonomi Negara ialah dengan meguasai pelbagai kemahiran. Masyarakat juga perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan supaya lebih mahir dalam melakukan sesuatu perkara. Seterusnya, pihak berkuasa bertanggungjawab menjaga keamanan Negara dan mengekalkan kedaulatan Negara.

Rakyat juga memainkan peranan penting dalam usaha pembaikan ekonomi. Rakyat mestilah bersatu padu untuk mengukuhkan perpaduan kaum. Inilah yang diamalkan oleh Rasulullah pada zaman baginda kerana pada zaman itu mempunyai pelbagai bangsa  dan agama. Rasulullah telah Berjaya menyatupadukan mereka.

Kerajaan juga perlu menggalakkan pelaburan asing  di Negara kita untuk menambah bilangan tenaga mahir yang terdiri daripada rakyat Malaysia. Dengan ini kerajaan dapat meluaskan pasaran ke peringkat antarabangsa dari segi import dan eksport. Kerajaan juga boleh melakukan penyelidikan dan pembangunan untuk menjadikan Negara hub halal. Justeru, kerajaan dapat merapatkan hubungan diplomatik antara Negara- Negara yang maju seperti korea, jepun dan Britain. Kerajaan juga perlu menambahkan institusi pengajian tinggi untuk melahirkan generasi cemerlang, gemilang dan terbilang. Dengan adanya generasi seperti ini dapat meningkatkan kecekapan pentadbiran kerajaan Malaysia.


2) Nilaikan tahap ekonomi Malaysia dari tahun 2014-2016 berdasarkan ukuran kuantiti dan kualiti


PENILAIAN TAHAP EKONOMI
Tahun 2014
Ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan yang lebih kukuh sebanyak 6.0% pada tahun 2014 (2013: 4.7%). Pertumbuhan didorong oleh permintaan swasta dalam negeri yang terus mantap, dan diperkukuh oleh prestasi perdagangan luar negeri yang bertambah baik. Secara khusus, eksport bersih kembali pulih pada tahun 2014 untuk menyumbang secara positif kepada pertumbuhan setelah tujuh tahun berturut-turut mencatat sumbangan yang negatif, apabila eksport Malaysia menerima manfaat daripada pemulihan dalam ekonomi maju dan permintaan yang berterusan daripada rantau ini. Ini ditunjukkan oleh peningkatan permintaan yang menyeluruh merentas pasaran dan keluaran, termasuk produk elektronik dan elektrik (E&E). Dengan pertumbuhan eksport barangan dan perkhidmatan benar mengatasi pertumbuhan import, eksport bersih mencatat pertumbuhan yang kukuh sebanyak 19.7% pada tahun 2014 (2013: -12.6%) dan menyumbang 1.4 mata peratusan kepada pertumbuhan KDNK keseluruhan.
Permintaan dalam negeri terus menjadi peneraju utama pertumbuhan, walaupun pada kadar pertumbuhan lebih sederhana, yang didorong oleh aktiviti sektor swasta. Penggunaan swasta disokong oleh peningkatan pendapatan yang menggalakkan dan keadaan pasaran pekerja yang stabil. Bantuan Kerajaan yang disasarkan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana memberikan sokongan tambahan kepada penggunaan swasta meskipun inflasi lebih tinggi pada tahun itu. Pelaburan swasta terus meningkat pada kadar dua angka, didorong oleh sektor perkilangan dan perkhidmatan. Sektor-sektor ini mendapat manfaat daripada persekitaran luaran yang bertambah baik serta penggunaan dalam negeri yang mampan. Sejajar dengan komitmen Kerajaan terhadap konsolidasi fiskal, jumlah perbelanjaan sektor awam hanya menyumbang sedikit kepada pertumbuhan pada tahun 2014. Inisiatif pengurangan kos oleh Kerajaan untuk mengurangkan perbelanjaan budi bicara yang diumumkan pada akhir tahun 2013, khususnya bagi perjalanan, makanan dan minuman serta sewa, sebahagiannya telah mengakibatkan pertumbuhan penggunaan awam menjadi sederhana pada tahun 2014. Sementara itu, pelaburan awam menguncup berikutan perbelanjaan modal yang lebih rendah oleh Kerajaan Persekutuan dan juga perusahaan awam. Perbelanjaan modal yang rendah oleh perusahaan awam disebabkan oleh beberapa projek utama yang telah disiapkan atau hampir siap pada tahun itu.
Kesimpulan
Sebagai rumusan, KDNK mengikut pendekatan pendapatan menunjukkan jumlah pendapatan yang terakru kepada isi rumah dan fi rma yang terlibat dalam aktiviti yang produktif dalam sesebuah ekonomi. Di Malaysia, secara purata, pendapatan modal merupakan komponen terbesar KDNKP. Walau bagaimanapun, bahagian pendapatan pekerja telah meningkat secara beransur-ansur antara tahun 2005 hingga 2013. Analisis yang dipaparkan dalam rencana ini menyokong lagi keperluan Malaysia untuk terus memberi tumpuan pada strategi untuk meningkatkan paras gaji purata, yang hasilnya akan menaikkan bahagian pendapatan pekerja. Ini boleh dicapai dengan menggalakkan aktiviti ekonomi yang mempunyai nilai tambah yang tinggi dan dengan menarik pelaburan yang berkualiti, terutamanya dalam industri yang intensif pengetahuan, yang akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dan berpendapatan tinggi. Sama pentingnya ialah strategi untuk meningkat produktiviti dalam kesemua aktiviti ekonomi melalui penggunaan teknologi yang lebih canggih dan meningkatkan tahap kemahiran tenaga kerja secara keseluruhan. Akhir sekali, pembangunan modal insan yang berkualiti tinggi secara menyeluruh kekal penting untuk negara terus mara bagi mencapai kemajuan ke arah menjadi ekonomi yang berproduktiviti tinggi dan berpendapatan tinggi.

Tahun 2015
Ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan sederhana sebanyak 5.0% pada tahun 2015 (2014: 6.0%). Pertumbuhan telah disokong oleh permintaan dalam negeri yang kukuh, dipacu oleh sektor swasta. Penggunaan swasta, terus mencatatkan pertumbuhan sederhana setelah isi rumah menyelaraskan perbelanjaan mereka dengan kos sara hidup yang lebih tinggi berikutan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan, GST), pelarasan harga ditadbir, rasionalisasi subsidi dan penyusutan nilai ringgit. Walau bagaimanapun, pendapatan boleh guna yang lebih tinggi melalui langkah Kerajaan yang disasarkan kepada isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana dan keadaan pasaran pekerja yang stabil menyokong perbelanjaan yang lebih tinggi. Di samping itu, terdapat banyak aktiviti penggunaan dipercepat pada awal tahun sebelum GST dilaksanakan pada April 2015.
Kesimpulan
Ekonomi Malaysia melangkah masuk ke tahun 2016 dengan mempunyai kedudukan yang teguh disokong oleh sistem kewangan yang kukuh. Aspek penting yang menyumbang kepada senario ini adalah kepelbagaian aktiviti ekonomi. Justeru, dasar monetari pada tahun 2016 memberi tumpuan dalam memastikan keadaan monetari kekal menyokong pertumbuhan dalam negeri yang mampan, mengambil kira risiko pertumbuhan yang lebih rendah daripada persekitaran dalam dan luar negeri. Berikutan prospek ekonomi global dan pembangunan kewangan yang tidak menentu, Kerajaan Malaysia dan Bank Negara Malaysia (BNM) akan memantau dan menilai implikasinya terhadap prospek  pertumbuhan dalam negeri dan inflasi. Dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (Monetary Policy Committee, MPC) baru-baru ini pada 13 Julai 2016, Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate, OPR) telah dikurangkan kepada 3.00% daripada 3.25%, berikutan ketidaktentuan dalam persekitaran global yang berpotensi memberi impak kepada prospek pertumbuhan Malaysia. Bagi memastikan ekonomi dalam negeri terus mengalami pertumbuhan yang kukuh dalam inflasi yang stabil, pelarasan OPR yang baharu tersebut adalah supaya dasar monetari terus kekal akomodatif dan konsisten dengan pendirian dasar, berlatarkan peningkatan risiko pertumbuhan global yang lebih rendah.

Tahun 2016

Ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan sebanyak 4.0% pada suku kedua 2016 (S1 2016: 4.2%). Meskipun permintaan dalam negeri meningkat dengan lebih kukuh, pertumbuhan telah menerima kesan daripada eksport bersih yang terus merosot dan pengeluaran stok yang tinggi. Dari segi penawaran, pertumbuhan terus dipacu oleh sektor ekonomi utama. Berdasarkan asas suku tahunan terlaras secara bermusim, ekonomi negara mencatat pertumbuhan 0.7% (S1 2016: 1.0%).
Aktiviti sektor swasta terus menjadi pemacu utama pertumbuhan dengan kadar pengembangan lebih cepat sebanyak 6.1% pada suku kedua (S1 2016: 4.5%). Penggunaan swasta meningkat 6.3% (S1 2016: 5.3%), disokong oleh pertumbuhan upah dan guna tenaga yang berterusan serta pendapatan boleh guna tambahan hasil daripada pelaksanaan langkah-langkah Kerajaan. Pelaburan swasta berkembang dengan lebih pantas pada kadar 5.6% (S1 2016: 2.2%), didorong terutamanya oleh perbelanjaan modal yang berterusan dalam sektor perkhidmatan dan perkilangan. Pertumbuhan pelaburan awam kembali pulih untuk mencatat pertumbuhan positif 7.5% (S1 2016: -4.5%), disebabkan terutamanya oleh perbelanjaan yang lebih tinggi untuk harta tetap oleh Kerajaan Persekutuan dan perbadanan awam. Pertumbuhan penggunaan awam juga bertambah baik pada suku kedua kepada 6.5% (S1 2016: 3.8%) disebabkan terutamanya oleh perbelanjaan yang lebih tinggi untuk bekalan dan perkhidmatan.
Dari segi penawaran, semua sektor ekonomi terus berkembang, kecuali sektor pertanian. Pertumbuhan sektor perkhidmatan yang lebih tinggi disokong terutamanya oleh perbelanjaan isi rumah yang lebih kukuh, manakala bagi sektor perkilangan, disumbangkan oleh kelompok elektronik dan elektrik. Pertumbuhan sektor pembinaan yang lebih kukuh didorong terutamanya oleh subsektor kejuruteraan awam. Prestasi sektor perlombongan bertambah baik disebabkan terutamanya oleh pengeluaran minyak mentah dan gas asli yang lebih tinggi pada suku tersebut. Pertumbuhan sektor pertanian merosot akibat kesan tertangguh El NiƱo ke atas pengeluaran minyak sawit mentah.
Kesimpulan
Pada suku kedua 2016, ekonomi global berkembang pada kadar yang lebih sederhana, dengan momentum pertumbuhan yang tidak sekata di seluruh ekonomi dunia. Pertumbuhan ekonomi maju kekal sederhana dalam keadaan kitaran dan struktur ekonomi yang terus lemah. Di Asia, permintaan dalam negeri terus menyokong pengembangan ekonomi, namun prestasi eksport yang berterusan lemah telah memberikan kesan terhadap pertumbuhan. Walaupun impak awal daripada keputusan pungutan suara (referendum) di United Kingdom berkaitan dengan Kesatuan Eropah (EU) mewujudkan ketidakpastian dan penghindaran risiko yang tinggi, turun naik pasaran kewangan sejak itu telah berkurang. Di tengah-tengah kebimbangan yang berterusan terhadap pertumbuhan dan inflasi yang rendah, beberapa bank pusat utama dan serantau meneruskan pelonggaran dasar monetari untuk menyokong aktiviti ekonomi.

3) Adakah tujuan zakat untuk membasmi kemiskinan?

Jawapan : Kewajipan zakat merupakan suatu tanggungjawab yang membawa berkat dan memberi kesan yang berterusan bukan sahaja kepada mereka yang mengeluarkannya, tetapi juga mereka yang menerimanya. Pelaksanaan zakat memberi kesan bukan sahaja kepada individu, juga memberi kesan kepada seluruh lapisan masyarakat. Zakat turut berperanan dalam mempertingkatkan kebajikan masyarkat dan membantu meningkatkan kegiatan ekonomi. Zakat dilihat mampu mengikis rasa sombong golongan kaya dan mengelak golongan fakir iskin dari meminta-minta. Harta yang diperoleh golongan kaya sebenarnya terdapat sebahagian hak golongan fakir dan menjadi kewajipan golongan kaya menunaikan hak tersebut.

Allah S.W.T telah mewajibkan zakat sebagai salah satu jaminan sosial kepada masyarakat terutama kepada golongan yang amat memerlukan, meningkatkan pertumbuhan ekonomi yang seimbang melalui agihan semula kekayaan dalam masyarakat dan sebagai satu bentuk penyucian dan pembangunan rohani setiap Muslim. Zakat juga bertindak sebagai satu mekanisma yang penting kepada sesebuah negara Islam bagi menjamin kemaslahatan rakyat seluruhnya. Zakat juga mempunyai keupayaan dan kekuatan bagi membasmi kemiskinan dan menjamin keseimbangan jurang antara golongan kaya dan miskin melalui mekanisma agihan semula kekayaan dalam masyarakat.

Zakat merupakan suatu pendapatan yang tetap dan menjadi kewajipan untuk sentiasa dilaksanakan oleh sesebuah negara Islam dan ianya tidak akan terhenti. Oleh itu, negara Islam dapat menggunakan sumber zakat bagi membina kekuatan ekonomi, sosial, pendidikan dan akhirnya dapat membina kekuatan Umat Islam secara tidak langsung membina kesatuan Ummah yang jitu. Masalah membasmi kemiskinan merupakan tujuan utama sistem zakat dalam Islam melalui penyediaan saraan hidup dan modal yang mencukupi bagi golongan yang berhajat. Saraan hidup daripada zakat ini diperuntukkan kepada golongan yang tidak mampu bekerja dengan sebab-sebab cacat anggota atau sebagainya

Hasil dapatan kami 20161101

NUR AIN SHAQILA BINTI ISHAK

Pada minggu ini, saya telah mempelajari tentang hudud. Hudud merupakan hak Allah SWT. Sebagai seorang Muslim, kita hendaklah menerima hudud walaupun di Malaysia kini masih belom sesuai untuk kita melaksanakan hudud. Selain itu, pada hari ini juga saya belajar tentang Perlembagaan Malaysia dan Piagam Madinah. Antaranya ialah Piagam Madinah adalah untuk orang Islam dan orang bukan Islam manakala Perlembagaan Malaysia adalah untuk orang Melayu dan orang bukan Melayu. Dalam bab 4 pula,saya telah mempelajari bahawa akhlak dan keiminan itu sangat penting pada zaman ini.

Maka, dengan ini saya berazam untuk cuba memahami apa itu hudud dengan lebih mendalam kerana ia merupakan sesuatu yang penting dalam Islam dan sentiasa membaiki akhlak dan keimunan saya sendri kerana ia merupakan penentu kita untuk masa akan dating dan juga pada hari akhirat kelak.

NURMAZATUL SYAFINA BT MAKTAR

Apa yang saya belajar hari ini ialah hukum hudud iaitu hukum yang ditetapkan oleh ALLAH di dalam alquran untuk hambaNya. Hukum hudud ialah untuk menjaga kesejahteraan yang telah terbina bukan untuk mewujudkan kesejahteraan,

Maka dengan ini saya berazam untuk mempelajari tentang hukum hudud untuk memahaminya dengan lebih mendalam.

Noor Atika binti Mazlan
Pada hari ini saya telah belajar tentang asas politik Islam iaitu akidah, syariah dan akhlak. Pemerintah adalah sebagai pemegang amanah dari Allah dan akan dipersoalkan di akhirat kelak tentang amanah yang telah dipertanggungjawabkan padanya. Maka saya berazam jika saya diberi tanggungjawab sebagai pemimpin dalam apa jua perkara atau aktiviti yang dianjurkan saya akan bertanggungjawab dengan amanah yang diberi kepada saya.

Mohamad Fayyadh Zulkamal bin Mohd Mahali

Pada hari ini saya belajar tentang untuk mencapai Negara yang maju dan politik yang stabil hendaklah bermula dari insan itu sendiri. Insan yang baik dan beretika dapat melahirkan  Negara yang maju.
Oleh itu saya berazam untuk menjadi insan yang baik serta warganegara yang baik untuk mencapai wawasan 2020.

Muhammad Firdaus bin Razmi

Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang asas politik Islam. Terdapat 3 perkara asas dalam politik Islam iaitu akidah, syariah dan akhlak. Kekuatan dan keutuhan sesebuah pemerintahan Islam bergantung kepada sejauh mana ia memperkuat dan mengukuhkan ketiga-tiga perkara tersebut.

Maka dengan itu saya berazam untuk menghayati dan mengamalkan perkara-perkara tersebut sehingga melibatkan diri dalam arena politik dalam usaha menjadi seorang pemimpin yang baik.