Selasa, 25 Oktober 2016

Tugasan : Topik 3


1) Kenapa kemerdekaan diawalkan setahun?

Tanggal 31 Ogos 1957 merupakan hari keramat bagi Peseketuan Tanah Melayu kerana ia menandakan tamatnya penjajahan kuasa-kuasa asing selama hamper 450 tahun dan bermulanya sebuah negara yang berdaulat dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu. Bagaimanapun mungkin ramai yang tidak tahu bahawa tarikh itu ditetapkan di Pulau Pinang oleh seorang ulama, yang juga ahli falak terkemuka dan tokoh masyarakat yang disegani, Tuan Guru Haji Abdullah Ibrahim. Haji Abdullah atau dikenali sebagai Abdullah Fahim merupakan datuk kepada Perdana Memteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Sebelum Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj selaku Bapa Kemerdekaan Malaysia mengetuai rombongan ke London untuk berunding tentang tuntutan kemerdekaan dengan kerajaan Inggeris pada 1 Januari 1956, Tunku telah meminta nasihat daripada Allahyarham Tuan Guru Haji Abdullah Ibrahim. Tunku Abdul Rahman beranggapan beliau perlu berjumpa dengan Tuan Guru yang pada pendapatnya mempunyai firasat agar tarikh yang baik dapat dipilih bagi kemerdekaan Tanah Melayu.

Tuan Guru Haji Abdullah Ibrahim menyebut dalam bahasa Arab : “am khir atana”(tahun baik dating kepada kita) pada hari Sabtu 31 Ogos 1957. Beliau berpesan supaya jika tarikh untuk pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu tidak pada 31 Ogos 1957, maka pada tahun-tahun berikutnya sebelum tahun 1962 adalah tidak baik bagi orang Melayu untuk mengisytiharkan kemerdekaan. Beliau juga melirang pemuda-pemuda UMNO dari memberontak dan merampas kuasa jika kerajaan British tidak menyetujui tarikh 31 Ogos 1957 ini. Jika kemerdekaan tidak dapat disambut pada tarikh yang dikehendaki itu, Tuan Guru meminta supaya menunggu hingga lima tahun lagi iaitu pada hari Jumaat, 31 Ogos 1962.

Namun, pada 20 Februari 1956, telah ditetapkan pada 31 Ogos 1957 dan diisytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman di Padang Pahlawan, Bandar Hilir, ,Melaka bagi negara kita.

2) Apakah polemik yang timbul berkenaan RUU 355?

ULASAN Akta 355 adalah suatu akta untuk memberi bidang kuasa jenayah kepada mahkamah yang ditubuhkan bawah mana-mana undang-undang negeri bagi maksud membicarakan kesalahan jenayah bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah. 

Akta ini mula-mula dikanunkan pada tahun 1965 dan waktu itu, ia dikenali sebagai Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Hukuman yang tersenarai dalam akta ini ialah denda RM1,000 dan penjara 6 bulan.
Pindaan yang pertama dilaksanakan pada tahun 1984 [yang dinamakan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 1984], untuk meluaskan lagi kuasa menghukum Mahkamah Syariah kepada tiga tahun penjara, RM5,000 denda dan enam kali sebatan.
Selepas itu, akta ini dipinda lagi pada tahun 1989 untuk diluaskan ke Sabah dan Sarawak [dinamakan sebagai Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan dan Perluasan) 1989]. 


Pindaan terakhir berlaku pada tahun 1997, tetapi pada tafsiran sahaja, dan ia digelar Akta Tafsiran (Pindaan) 1997.

Kesemua pindaan bermula tahun 1984, 1989 dan 1997 diusulkan oleh pihak kerajaan. 

Manakala, buat kali pertama pindaan pada tahun 2016 baru-baru ini dibawa secara usul persendirian oleh yang berhormat anggota parlimen Marang yang bertujuan untuk meluaskan lagi bidang kuasa hukuman yang dibenarkan oleh Mahkamah Syariah, kecuali hukuman mati.

Analogi permit lebuh raya 5 lorong
Usul yang dibawa oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang menimbulkan banyak persoalan. 

Oleh itu, Biro Penyelidikan Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengambil inisiatif memberi kefahaman kepada masyarakat dengan menganjurkan wacana bertajuk “RUU 355: Wajarkah bukan Islam bimbang?” yang bertempat di The Mines 2, Seri Kembangan. 
Ia membariskan lima panelis, antaranya felo Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) Prof Madya Dr Shamrahayu, Prof Madya Dr Zulfakar Ramlee dari Pertubuhan Ikram Malaysia, Mujahid Yusof Rawa (Parti Amanah Negara), Howard Lee (DAP) dan Dr Zuhdi Marzuki (PAS).

Saya bersetuju dengan analogi Dr Zulfakar, pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) semasa wacana tersebut: 

“Pindaan Akta 355 ini seumpama permit atau lesen untuk membina lebuh raya lima lorong (lima lorong yang memperkasakan lima maqasid syariah).”

Apabila menyebut cadangan pembinaan lebuh raya, terdapat dua pandangan.
Pandangan pertama daripada golongan yang tidak bersetuju untuk membina lebuh raya ini kerana tanahnya akan diambil dan yang pastinya akan ada tol yang membebankan. 

Pandangan kedua pula datang daripada golongan yang bersetuju dengan pembinaan lebuh raya kerana akan menjadikan perjalanan lebih laju dan selesa.

Beginilah analoginya untuk pindaan Akta 355 ini. Ada yang tidak bersetuju kerana belum terbukti kesempurnaan proses perancangan dan beberapa isu teknikal untuk pindaan ini.
Proses ke arah pembinaan lebuh raya memerlukan langkah atau perancangan yang sangat rapi, seperti rundingan dengan pemilik tanah, bayaran pampasan yang sewajarnya kepada pemilik tanah, menyediakan pusat rehat dan rawat yang diuruskan dengan baik. 

Ia bukan sekadar membina tol dan mendenda mereka yang melanggar peraturan.

Begitu juga untuk pindaan RUU 355 ini – ia memerlukan perancangan yang rapi, rundingan dengan pelbagai pihak dan perlaksanaan dalam suasana yang adil dan jauh daripada fitnah.
Dr Shamrahayu juga ada menyatakan di dalam wacana yang sama bahawa "jangan disebabkan ketidaksempurnaan melaksanakan hukum Islam, Islam difitnah".
Siapa patut bimbang?
Sebenarnya yang sepatutnya bimbang adalah orang Islam, bukannya bukan Islam. 

Apabila pindaan ini diluluskan dalam keadaan persediaan yang tidak rapi dan sempurna, ia akan membuka jalan kepada keburukan yang lebih besar. 
Nama baik Islam akan tercalar dek kerana sistem keadilan syariah yang tidak teratur dan tidak adil.

Seterusnya, wujud persepsi dari segi ketidakmampuan sistem undang-undang negeri untuk menjalankan hukuman tersebut, terutamanya pada bahagian pendakwaan dan perlaksanaan hukuman,yang boleh membawa kepada kemudaratan yang lebih besar. 

Di samping itu, ketidaksempurnaan perlaksanaan hukum Islam juga akan mencemari nama baik negara Islam itu sendiri. 
Sebagai contoh,perlaksanaan syariah di Pakistan telah menyebabkan mangsa rogol dibicara bawah hukuman zina sehingga mangsa rogol juga dimasukkan ke dalam penjara. 
Di negara Sudan, kes terkenal Mahmud Mohd Taha (yang dibunuh kerana pandangan politik yang tidak bersetuju dengan perlaksanaan syariah). 
Ia menggambarkan bukan sahaja kurang kesempurnaan dalam perlaksanaan hukum Islam, tetapi salah guna institusi agama untuk menindas orang yang mereka tidak suka atau menyingkirkan individu tertentu kerana kepentingan politik.

Jadi, jelas bahawa ketidaksempurnaan pelaksanaan hukum Islam akan memberi kesan yang besar. 

Yang lebih membimbangkan adalah dikhuatiri ada pihak yang mengambil kesempatan daripada pelaksanaan hukum Islam untuk menyingkirkan individu tertentu disebabkan kepentingan politik. 
Ini yang harus kita bimbang dan kita tidak mahu suasana seperti ini terjadi di dalam negara kita ini.

RUU 355 bukan hudud
Dr Zuhdi pula menjelaskan pindaan ini matlamat utamanya adalah untuk meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan memberi ruang kepada profesion kehakiman syariah.
Kenyataan ini jelas bahawa RUU 355 ini bertujuan meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah sahaja, bukannya hudud. 

Enakmen jenayah negeri Kelantan dan Terengganu sahaja yang mempunyai hukuman hudud. 
Jadi, yang tidak boleh dibantah oleh orang Islam adalah dua enakmen ini dan bukannya RUU ini.

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Unit Penyelidikan RUU 355 di bawah Muslim Youth Legal Interest Group (MYLIG), badan sukarelawan yang membantu pelajar Muslim jurusan undang-undang mencapai impian dalam bidang perundangan, mendapati RUU ini bukan hudud

Ia hanyalah sebuah cadangan perubahan aturan undang-undang yang sangat bersifat prosedural yang melibatkan mahkamah bawah bidang kuasa persekutuan. 
Maka, RUU ini bukanlah termasuk hukum Islam substantif yang berdasarkan dalil daripada al-Quran dan Sunnah. 
Maka, setiap Muslim boleh memilih untuk menyokong ataupun menolak perubahan aturan ini. 
Ini bermaksud jika aturan perubahan undang-undang prosedural ini dibawa dengan perancangan yang rapi, ia wajar disokong, tetapi jika ia mengelirukan pengurusan Mahkamah Syariah, maka ia wajar untuk ditolak dan diganti dengan aturan yang lebih tersusun.

Kenyataan tersebut juga menyebut, “oleh kerana kita dapati RUU 355 ini bukan undang-undang Islam substantif tetapi lebih kepada prosedur, maka semua pihak termasuk bukan Islam juga wajar menyatakan pandangan dalam isi aturan undang-undang ini.
Jika terdapat pihak yang mempunyai cadangan untuk memperkemaskan lagi aturan ini, maka seharusnya kita terima tanpa mengira latar belakang agama.
Apabila meneliti kenyataan tersebut, kita dapat simpulkan bahawa RUU 355 ini bagus kerana ia bertujuan untuk meningkatkan bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah.
Tetapi yang menjadi kebimbangan adalah dari sudut pelaksanaan, kecukupan fasiliti dan sejauh mana kemampuan sistem undang-undang di peringkat negeri bersedia untuk menjalankan hukuman tersebut.
Cadangan
Sebagai kesimpulan, pertama, perlunya rundingan dan perbincangan dengan banyak pihak, antaranya pihak berkepentingan dalam isu ini, seperti bidang penguatkuasaan, pendakwaan, hakim Mahkamah Syariah, peguam syarie, dan jabatan-jabatan agama untuk memastikan kelancaran proses pindaan akta ini.
Kedua, perlu ada usaha untuk memberi kefahaman sebenar dari sudut perundangan kepada golongan bukan Islam.
Namun, tidak bermakna mereka tidak boleh menyokong atau membantah selepas mereka sudah memahaminya.
Ketiga, perlu memberi penekanan kepada kelengkapan kemudahan dan sistem sokongan sebelum pindaan Akta 355.
Contohnya institusi penjara, pemakaian kaedah pembuktian Mahkamah Syariah yang lebih menyeluruh, memastikan semua daerah mempunyai jumlah hakim syarie yang mencukupi, dan mempersiapkan pelatihan profesional kepada pihak-pihak yang akan terlibat sebagai contoh bahagian pendakwaan, guaman, kehakiman dan pengurusan Mahkamah Syariah.
Keempat, semua pihak perlu berhenti dari mempolitikkan isu ini dan mengelirukan masyarakat umum dengan persepsi yang tidak tepat dengan sudut pandang undang-undang.
Islam sepatutnya perlu dipersembahkan dengan baik, rahmah dan harmoni, bukan sekadar melalui perlaksanaan bidang kuasa mahkamah. 

Tetapi juga dalam konteks syariah secara keseluruhan bagi mencapai lima maqasid syariah yang dijanjikan oleh Allah akan membawa kebaikan kepada manusia.

Kita mengharapkan suatu hari nanti syariat Allah mampu tertegak dalam kerangka keadilan dan rahmah. Semoga Malaysia menuju negara rahmah berasaskan maqasid syariah.
3) Ringkaskan berkenaan peristiwa keranda 152

Perarakan Keranda 152 dilakukan sebagai simbol kematian bahasa Melayu apabila bahasa Melayu tidak digunakan sebagai bahasa pengantar dan bahasa dalam bidang kehakiman. Bantahan itu terjadi pada 3 Mac 1967 di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Antara tokoh terpenting menggerakkan bantahan ini ialah Usman Awang yang ketika itu editor kepada beberapa majalah terbitan DBP. Pejuang bahasa pada masa itu hampa kerana bahasa Melayu tidak diletakkan pada kedudukan yang wajar menurut carta pemetaan Perlembagaan. Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 dengan jelas menyebut kedudukan bahasa Melayu akan dinaikkan peranannya secara berperingkat dari 31 Ogos 1957 kepada tahap lebih baik 10 tahun kemudian, iaitu pada 1967. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan juga meletakkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi dan Bahasa Kebangsaan. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan adalah sebahagian daripada kontrak sosial yang dipersetujui bersama oleh rakyat berbilang bangsa, termasuk Cina, India dan lain-lain. 

Peristiwa Keranda 152 yang pertama itu melakarkan impaknya dalam sejarah sastera, sosial dan politik kebahasaan negara. Ia menandakan bahawa akan sentiasa wujud golongan Melayu yang prihatin terhadap perkembangan bahasa Melayu kurniaan Tuhan kepada bangsa ini. Empat puluh dua tahun selepas itu, muncul pula perarakan Keranda 152 yang kedua. Perarakan besar-besaran ini digerakkan oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Gerakan Mansuh PPSMI (GMP). Mereka menuju ke Istana Negara pada 7 Mac 2009 sebagai memprotes Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), kerana ia dilihat sebagai usaha ketara meminggirkan bahasa Melayu dalam subjek Sains, Matematik dan Teknologi di sekolah. PPSMI ternyata dasar yang gagal. Ia tidak dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris pelajar melalui subjek Sains, Matematik dan Teknologi. Sementara itu, pelajar juga kurang menguasai subjek itu, kerana tidak diajar melalui bahasa ibunda yang lebih mereka kuasai. PPSMI dibatalkan pada 2012. Bagaimanapun, ada segelintir individu masih percaya penguasaan bahasa Inggeris boleh ditingkatkan melalui subjek Sains, Matematik dan Teknologi.

Suara mereka didengar, lalu muncul DLP (Dual Language Program) untuk kira-kira 300 buah sekolah. Bagi pejuang bahasa Melayu, program DLP ini seperti menghidupkan semula PPSMI. Program ini dilihat sebagai satu lagi usaha meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu pengetahuan tinggi dan moden di negara sendiri.


4) Islam, Bahasa Melayu serta Institusi Raja - apakah rasionalnya?

PERKARA 3
  • Sebagai agama yang dianuti oleh kaum majoriti,Islam sangat revelan dijadikan sebagai agama rasmi negara.
  • Islam telah diterima sebagai agama utama semenjak Kesultanan Melayu Melaka sehingga penjajahan Inggeris.
  • Semasa penjajahan British,agama Islam tidak diganggu dan pihak British menyerahkan segala urusan mengenai agama Islam kepada raja raja Melayu.
  • Orang bukan melayu perlu memahami agama Islam menjadi agama rasmi kerana kedudukan agama mereka tidak terjejas dan mereka bebas untuk membangun,mengamal,mengembangkan agamamereka selagi tidak menggangu ketenteraman awam.
  • Tiada perbezaan layanan antara orang melayu dan bukan melayu disebabkan  perbezaan agama.
  • Ia mempunyai rasional yang tersendiri.Sebagai agama yang dianuti oleh kaum majoriti,Islam sangat revelan dijadikan sebagai agama rasmi negara.
  • Islam telah diterima sebagai agama utama semenjak Kesultanan Melayu Melaka sehingga penjajahan Inggeris.
  • Semasa penjajahan British,agama Islam tidak diganggu dan pihak British menyerahkan segala urusan mengenai agama Islam kepada raja raja Melayu.
  • Orang bukan Melayu perlu memahami agama Islam sebagai agama rasmi kerana kedudukan agama mereka tidak terjejas dan mereka bebas untuk membangun, mengambalkan, mengembangkan agama mereka selagimana tidak mengganggu ketenteraman awam.


PERKARA 11

  • Setiap orang berhak untuk menganut agamanya dan mengamalkannya
  • Undang-undang Negeri dan Wilayah boleh menyekat atau mengawal apa apa pengembangan agama lain kepada penganut agama Islam.
  • Tiada cukai atau apa apa bayaran yang dikhaskan kesemuanya atau sebahagian bagi maksud sesuatu agama lain selain agamanya sendiri.
  • Setiap kumpulan agama berhak untuk menguruskan hal ehwal agama mereka sendiri,menubuh dan menyelenggara institusi bagi maksud agama serta mentadbirnya mengikut undang-undang.


PERKARA 152

  • Perlunya bahasa kebangsaan bagi menyatupadukan rakyat pelbagai kaum
  • Bahasa Melayu telah menjadi lingua franca di Nusantara sejak berabad lamanya
  • Bahasa Melayu lebih mudah dipelajari dan bersifat lebih tekal dari segi istilah dan sebutan
  • Bahasa Melayu telah digunakan secara meluas sebelum Perang Dunia bagi tujuan rasmi


PERKARA 153

  • Orang Melayu menerima prinsip Jus Soli dan bukan Melayu perlu menerima hakikat berkenaan hak keistimewaan orang Melayu.
  • Semasa zaman penjajah dan di awal kemerdekaanterlalu sedikit orang Melayu yang berkerja dengan kerajaan
  • Orang Melayu hanya jadi pemerhati kepada kepesatan ekonomi di Tanah Melayu/Malaysia
  • Majoriti orang Melayu adalah miskin terutama di luar bandarsukar mendapat peluang pendidikan
  • Orang Melayu masih kurang menceburi perniagaan dan perlu dibantu serta dibimbing

5) Analisakan perbandingan piagam Madinah dan Perlembagaan Malaysia

PIAGAM MADINAH
  • Perlembagaan Islam pertama di dunia tahun 622 Masihi yang berpandukan wahyu Allah SWT
  • Berasaskan persetujuan orang Islam dan orang bukan Islam
  • Menjadi sandaran pemerintahan Rasulullah SAW dan hubungannya dengan pelbagai kaum dan agama.
  • Mencatat tanggungjawab ketua negara dan rakyatnya
  • Mempunya 47 fasal. 23 fasal peraturan sesame Isalam dan 23 fasal tentang Yahudi


PERLEMBAGAAN MALAYSIA

  • Dikenali juga sebagai Perlembagaan Persekutuan
  • Mengandungi 183 Perkara
  • Undang-undang tertinggi di Malaysia
  • Undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan dua dokumen iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 148 dan Perlembagaan Kemerdekaan 1957.

PERSAMAAN PIAGAM MADINAH DAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA
  • Kebebasan beragama dan hak asasi manusia (Fasal 25 : kebebasan kepada penduduk Madinah amalkan agama masing-masing ; Perkara 3 &11 : hak untuk agama dan amalkan agama dengandamai)
  • Hak dan tanggungjawab dari segi ketahanan dan pertahanan negaraFasal 43 : tidak boeh diberi bantuan perlindungan kepada orang Quraisy ; Perkara 5 : kebebasan diri)
  • Dasar hubungan baik dan saling membantu(Fasal 17 &45 : perdamaian ; Perkara 8 : kesamarataan)
  • Warganegara berhak dapat perlindungan dan pertahankan hak masing-masing(Fasal 37 : orang tak boleh dianggap bersalah kerana kesalahan dilakukan sekutunya ; Perkara 7 : tiada siapa pundihukum kerana sesuatu perbuatan)

PERBEZAAN PIAGAM MADINAH DAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Piagam Madinah
Perlembagaan Malaysia
  • Sumber undang-undang berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah
  • Meletakkan undang-undang tertinggi ialah perlembagaan itu sendiri perkara 4(1)
  • Dibentuk berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah
  • Dibentuk berasaskan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 Dan Perlembagaan Kemerdekaan 1957

Hasil dapatan kami 20161025

Nur Ain Shaqila binti Ishak

Pada minggu ini, saya telah mempelajari tentang perlembagaan yang terdapat di Malaysia. Malaysia mengamalkan perlembagaan bertulis. Selain itu, apa yang saya dapat pada minggu ini adalah penegetahuan tantang kuasa kita sebagai rakyat. Kuasa Dewan Rakyat lebih tinggi daripada kuasa Dewan Negara. Perlembagaan merupakan yang paling tinggi di Malaysia tetapi boleh diubah melainkan unsur-unsur tradisi. Saya sebagai seorang rakyat Malaysia juga perlu untuk mengundi kerana rakyat mempunyai hak untuk memilih.

Maka, dengan ini saya berazam untuk cuba memahami perlembagaan negara kita dan sebagai rakyat saya hendaklah turun mengundi kerana ia merupakan tanggungjawab saya  untuk memilih pemimpin pada masa hadapan.

Noor Atika binti Mazlan

Pada hari ini saya telah belajar tentang fasa penjajahan dan proses Tanah Melayu mengecapi kemerdekaannya. Pelbagai perkara berlaku pada masa penjajahan dan saya belajar tentang pengorbanan tokoh yang berjaya mendapatkan kemerdekaan yang bukan mudah untuk dikecapi. Saya berazam sebagai anak muda generasi kini selepas kemerdekaan untuk menghargai segala kemudahan dan kemodenan pada masa kini hasil perjuangan tokoh-tokoh masa dahulu. Seterusnya saya belajar tentang sejarah orang Melayu yang hebat dan akan kekal hingga akhir zaman. 
Maka saya berazam untuk lebih mendalami sejarah- sejarah Negara dan bangsa melayu.
Nurmazatul Syafina binti Maktar

       Apa yang saya belajar hari ini ialah tentang peperangan yang berlaku di Syria, Palestin dan sebagainya berkaitan dengan kemunduran masyarakat melayu sendiri dan bebasnya tanah islam yang dijajah disebabkan oleh orang melayu sendiri yang pergi berjihad.

          Maka dengan ini saya berazam untuk memperbaiki iman serta meningkatkan ilmu pengetahuan dan serta mempersiapkan diri untuk berjuang.


Mohamad Fayyadh Zulkamal bin Mohd Mahali

           Pada harini saya telah belajar betapa penting kesepaduan dalam diri kita, lebih-lebih lagi dalam diri seorang remaja. Zaman remaja merupakan zaman di mana setiap seorang daripada individu punyai semangat kesepaduan yang tinggi. Mengangkat sikap itu merupakan salah satu cara untuk menyumbang kepada negara.

               Maka dengan ini saya berazam untuk mendalami sejarah bangsa Melayu, mengetahui betapa hebatnya tamadun yang sengaja dilenyapkan oleh bangsa British dan sekutunya agar jati diri serta kesepaduan dapat dipupuk dalam sanubari.

Muhammad Firdaus bin Razmi 

               Mewakili UiTM cawangan Puncak Alam dalam pertandingan catur di KARISMA.

Selasa, 18 Oktober 2016

Tugasan : Topik 2

1) Bukti keharmonian masyarakat majmuk pada zaman kesultanan Melayu Melaka

  • Zaman Kesultanan Melayu Melaka merupakan zaman keemasan dan kemuncak keagungan kerajaan Melayu. Melaka diperintah oleh para sultan dan pembesar yang berpandangan jauh serta menjalankan dan menguatkuasakan undang-undang (Perlembagaan Melaka) yang tegas untuk memberi keadilan kepada semua penduduk dan pedagang. Contohnya Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka yang berteraskan Islam. Perlembagaan ini banyak menyumbang kepada kemakmuran dan kemajuan sistem pemerintahan Melaka.
  • Pemerintah juga memberi peluang kepada penduduk imigran untuk tinggal di Melaka serta berkahwin dengan wanita tempatan. Perkahwinan campur juga berlaku antara pemerintah Melaka dengan masyarakat pendatang seperti perkahwinan Sultan Mansur Shah dengan anak perempuan pemerintah negara China iaitu Puteri Hang Li Po.
  • Keharmonian juga dapat dicapai melalui perlantikan jawatan penting dalam kerajaan adalah terbuka kepada semua etnik. Menurut sejarah, Raja Mendeliar yang berketurunan India pernah dilantik menjadi pemegang jawatan yang penting di istana sultan.
  • Bukti keharmonian kaum pada zaman Kesultanan Melayu Melaka juga dapat dilihat melalui wujudnya kelas dalam masyarakat seperti raja, bangsawan, dan rakyat bawahan yang diambil dari konsep masyarakat India.
  • Melalui Bahasa Melayu, keharmonian juga dapat dicapai kerana ia dijadikan Lingua Franca pada zaman Melayu Melaka ketika itu dalam aktiviti perdagangan. Pedagang-pedagang asing tiada masalah ketika menjalakan aktiviti perdagangan kerana mereka dapat berkomunikasi dengan pegawai Melaka dalam keadaan yang baik dan mudah difahami.


Hasil dapatan kami 20161018

Nur Ain Shaqila binti Ishak

Pada minggu ini, saya telah mempelajari tentang sedikit Hikayat Raja Parsi.kisah ini menceritakan bahawa raja tersebut telah bermimpikan Nabi Muhammad SAW. Daripada kisah ini, di sinilah saya mengetahui bahawa Islam bermula di alam Melayu. Selain itu, alam Melayu menerima Islam tanpa perang. Daripada pembelajaran pada minggu ini juga, saya dapat tahu bahawa selama 446 tahun tiada seorang Muslim yang murtad pada zaman Melayu Melaka. Saya juga mendapat input tentang Hadis 40 yang memberitahu tantang niat, rukun agama, Islam dan Ehsan. Ehsan merupakan bahawasanya Allah SWT melihat kita dan satu perkataan yang saya pelajari pada minggu ini adalah tasawuf. Ia merupakan perkara yang dating daripada hati.

Maka, dengan ini saya berazam untuk sentiasa sedar bahawa kita mempunyai Allah SWT yang sentiasa melihat segala perbuatan kita. Jadi, saya mesti mempertingkatkan kesedran tentang Allah SWT.

Noor Atika binti Mazlan

          Pada hari ini saya telah belajar tentang kesan penjajahan pada Negara kita. Antaranya ialah dari aspek pendidikan di mana pada zaman penjajahan telah wujud perbezaan pendidikan bg setiap bangsa. Melayu sekolah di pondok dan sebagainya. Manakala selepas merdeka dasar penyeragam telah di jalankan seperti sekarang iaitu Sekolah Kebangsaan yg mencampurkan setiap bangsa di satu sekolah yg sama. 
     
     Maka saya berazam untuk memupuk semangat cinta akan Negara dan menjaga kemakmuran Negara untuk mengekalkan kemerdekaan yg dicapai.

Nurmazatul Syafina binti Maktar

        Apa yang saya belajar hari ini ialah tentang islam di alam melayu ini datang daripada seorang raja yang bermimpi berjumpa Rasulullah. Tersebarnya islam di alam melayu sangat senang iaitu hanya melalui mimpi dan tiada peperangan berlaku.

     Maka dengan ini saya berazam untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan tentang sejarah melayu pada zaman dahulu dan berbangga dengan kehebatan melayu itu sendiri.

Mohamad Fayyadh Zulkamal bin Mohd Mahali

        Pada harini saya telah belajar mengenai kerajaan raya Pasai. Cara penerimaan mereka terhadap Islam melalui Hikayat Raja Pasai amatlah menakjubkan. 

         Maka dengan ini saya berazam untuk mengkaji dengan lebih lanjut mengenainya.

Muhammad Firdaus bin Razmi 

         Menghadiri latihan karisma

Selasa, 11 Oktober 2016

Tugasan : Topik 2

Setakat mana pengaruh Hindu & Buddha ke atas masyarakat Melayu awal (sebelum Melaka)?


1.0 Pendahuluan
Tamadun merupakan pencapaian dan perkembangan manusia secara evolusi melalui beberapa fasa .Secara umumnya, tamadun  bermaksud pencapaian atau kemajuan dalam aspek kerohanian dan jasmani sesuatu masyarakat yang memberi fokus dari sudut ilmu dan fizikal. Menurut. Syed Muhammad Naquib Al Attas, tamadun beasal daripada perkataan ‘maddana’ dan berasal daripada perkataan ‘din’ yang bermaksud agama (al-Attas, 1992:1-33)[1].  Konsep tamadun merupakan kayu ukur perkembangan masyarakat ke tahap yang lebih baik dan maju dalam segenap aspek.
Tamadun India bermula tahun pada 2350 -3000 S.M di lembah sungai Indus dan merupakan sebuah tamadun awal yang masih kekal sehingga ke hari ini. Tamadun India dapat dibahagikan kepada beberapa tahap berlandaskan kepada zaman pemerintahan . Dari segi lokasi, India boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu  India Utara dan India Selatan. Kedua –dua bahagian India tersebut mempunyai perbezaan segi aspek bahasa, budaya serta amalan keagamaan. Tamadun India yang kaya dengan kepelbagaian budaya kesenian dan cara hidup masyarakatnya telah mempengaruhi kehidupan masyarakat khususnya di sekitar kawasan Asia Tenggara.
Interaksi budaya India telah tersebar dan kepulauan nusantara telah menjadikan budaya tamadun India sebati dalam kebanyakkan masyarakat. Tamadun India mempunyai hubungan yang istimewa dengan rantau asia tenggara dari segi politik, ekonomi dan sosial sehinggakan seluruh aspek kehidupan masyarakat Asia Tenggara menyerupai kehidupan tamadun India. Penerapan nilai tamadun India dalam kalangan masyarakat Asia Tenggara telah mewujudkan istilah Indianised state  di Asia Tenggara. Masyarakat mula mengasimilasikan budaya yang mempunyai unsur tamadun  India dalam kehidupan seharian mereka.
Di Malaysia, pengaruh dan kesan tamadun India dapat dilihat dalam segenap aspek kehidupan masyarakat. Ia merangkumi aspek politik, sosioekonomi dan corak budaya masyarakat serta adat- istiadat. Hal ini kerana tamadun India menekankan cara hidup bekeluarga  serta komuniti yang begitu sinonim dengan nilai ketimuran.
Adat istiadat perkahwinan, pemikiran, kepercayaan kesenian, makanan, aspek ekonomi dan politik masyarakat di Malaysia banyak dipengaruhi oleh corak ketamadunan India. di Malaysia yang masih di amalkan pada hari ini jelas menunjukkan bahawa interaksi dua budaya telah memberikan kesan kepada masyarakat Malaysia dalam menjalani kehidupan seharian.
Kepelbagaian agama dan budaya dalam kalangan masyarakat Malaysia telah mewujudkan sebuah nasional yang harmoni dan berdaya saing sebanding dengan negara yang lain. Pengaruh tamadun India dalam nilai hidup masyarakat menjadi sebati dalam kehidupan seharian. Namun, setelah kemunculan ajaran Islam, amalan yang bercanggah dengan nilai Islam dihapuskan dan digantikan dengan nilai yang berlandaskan syariah dan Al-quran.
KESAN DAN PENGARUH TAMADUN INDIA DI MALAYSIA
2.0  Agama
Tamadun India  seperti mana tamadun lain sudah mula bertapak di abad ini buat satu tempoh yang agak lama. Setiap tamadun tidak kira apa  pun ceritanya pasti mempunyai agamanya yang tersendiri. Sinonim dengan Tamadun India,menurut kajian  melalui mohor, patung dan bahan tembikar yang ditemui membuktikkan bahawa masyarkat Lembah  Indus mempunyai agama dan  kepercayaan  tersendiri. Agama di Tamadun India boleh diklasifikasikan keadaan beberapa agama antaranya ialah Agama Hindu, Agama Buddha, Agama Jaina dan Agama Sikh. Secara literal, Tamadun India meninggalkan pengaruh yang besar kepada Tamadun Malaysia melalui penyebaran agama secara khususnya adalah agama Buddha dan Agama Hindu yang banyak dianuti oleh masyarakat di tamadunMalaysia.Oleh yang demikian, kita akan lebih menfokuskan kesan dan pengaruh kedua-dua agama ini di tamadun Malaysia.
Agama Hindu  sememangya sudah tidak asing lagi di Nusantara dan agama ini merupakan agama tertua di dunia. Tidak sebagaimana agama-agama besar dunia yang lain, sejarah awal agama ini sukar ditentukan malah tarikh mulanya tidak diketahui. Menurut N. M Idaikkadar (1979), agama Hindu diberi nama berdasarkan nama Sungai Sindu (Indus)[3]. Agama Hindu mempunyai lima konsep utama iaitu Brahman, Atman, Karma, Karma Mokhsa dan Samsara. Brahman merujuk kepada Tuhan manakala Atman ialah roh individu yang terdapat dalam badan setiap manusia. Atman sentiasa berusaha untuk bersatu bersama Brahman namun itu hanya akan berlaku bergantung kepada Karma. Penganut agama Hindu sentiasa berusaha untuk membebaskan diri daripada Samsara dan mencapai Mokhsa.Mokhsa dalam erti kata lain adalah syurga. Selain daripada itu, agama Hindu juga mempunyai kitab sucinya yang tersendiri yang dikenali sebagai Veda.
Seterusnya adalah agama Budha. Perkataan Buddha terbentuk daripada kata kerja ‘budh’ yang bererti bangun iaitu bangun daripada kesesatan dan keluar di tengah-tengah cahaya pemandangan yang benar (Mohd. Rifai, 1965;95).  Agama ini lahir di India pada abad ke 6 sm dan diasaskan oleh Sidharta Gautama Buddha yang dilahirkan pada tahun 563 sm di Kapilavastu, Timur. Seperti agama Hindhu, agama Buddha juga percaya kepada hukum Karma dan Samsara yang ditekankan oleh agama Hindu. Agama Buddha juaga berusaha melepaskan diri daripada Samsara dan mencapai kehidupan yang sempurna iaitu Nirvana. Merujuk kepada doktrin ajaran agama Buddha, Gautama Buddha menekankan kepada empat Kebenaran Agung dan  Lapan Jalan  Kebenaran . Empat Kebenaran Mulia mengandungi pemahaman bahawa kehidupan adalah penuh dengan penderitaan. Penderitaan itu wujud sebaik sahaja seseorang itu dilahirkan. Kendatipun demikian, penderitaan ini boleh dikawal dengan mengikuti Lapan Jalan Kebenaran iaitu, kepercayaan yang benar, berniat benar, percakapan yang benar,kelakuan yang benar, usaha yang benar, berfikiran yang benar, pemusatan pemikiran yang benar dan hati serta niat yang benar. Antara kitab suci yang digunakan oleh penganut agama Budhha dikenali sebagai Tri-Pitaka.
Sesungguhnya seperti yang kita ketahui, penganut agama Hindu sememangnya sudah wujud di Tamadun Malaysia sejak kurun pertama Masihi. Penduduk di tamadun Malaysia mempunyai jumlah penganut agama Buddha dan Hindu yang agak ramai dan seperti mana yang diterangkan mengenai konsep agama Hindu dan Buddha, penganut yang terdapat di Malaysia juga mempercayai akan konsep yang sama.  Penganut agama ini masih mengamalkan upacara keagamaan dan mempercayai karma seperti yang dinyatakan dalam agama Hindu dan Buddha di tamadun India. Saban tahun kita boleh melihat penganut agama Buddha dan Hindu mengamalkan upacara keagamaan yang tersendiri saban tahun seperti Wesak dan Deepavali. Contohnya, Batu Cave adalah merupakan lokasi wajib bagi penganut agama Hindu apabila tibanya hari Deepavali. Selain daripada meninggalkan kesan dan pengaruh daripada segi amalan dan konsep, agama Hindu juga memberikan pengaruh dan sumbangan daripada segi amalan perkahwinan, kesenian, makanan, konsep devaraja  dan  sebagainya.
Tamadun Melayu lebih banyak menerima kesannya. Kesan paling ketara ialah pengaruh dari segi pemikiran iaitu pegangan dan kepercayaan. Hal ini kerana, interaksi ini menjadi titik tolak kemunculan agama Hindu dan Buddha di Tanah Melayu. Pada awalnya, penduduk tempatan berpegang kepada kepercayaan animisme. Masyarakat Melayu ketika itu tertarik dengan ajaran Hindu kerana terdapat persamaan iaitu mengaitkan kepercayaan mereka dengan roh dan alam semulajadi. Penyebaran agama Hindu-Buddha ini tertumpu pada golongan atasan dan menumpukan selok-belok upacara agama. Bukti kedatangan agama Hindu dan Buddha pada ketika itu ialah peninggalan Candi Bukit Patu Pahat di Lembah Bujang dan imej Buddha diperbuat daripada gangsa di Lembah Bujang.
2.1 Konsep Devaraja
Institusi beraja yang telah wujud di negara kita sejak abad ke-15 iaitu semasa pemerintahan  Kerajaan Melayu Melaka juga adalah antara pengaruh besar tamadun India. Raja  dianggap mempunyai kedudukan yang tinggi dan rakyat di bawah kekuasaanya. Mengikut konsep ini, raja dianggap penjelmaan Dewa Shiva, Vishnu dan juga Buddha (Abdul Rahman Haji Abdullah, 1989;60)[5]. Lantaran itu raja dianggap mempunyai kuasa yang tinggi dan berdaulat. Justeru wujudnya konsep derhaka. Rakyat pada masa itu begitu menyanjung raja dan tidak berani untuk ingkar kepada arahan raja kerana tidak mahu derhaka. Pemujaan Devaraja ini semakin berkembang meluas  di Alam Melayu pada zaman Hindu-Budha. Selain itu raja juga digolongkan sebagai individu yang mempunyai daulat dan kesaktian, Raja disamakan dengan golongan dewa yang dianggap suci.
Pengaruh daripada tamadun India mengenai konsep devaraja ini sememangnya jelas memberi impak kepada tamadun Malaysia. Sebelum kedatangan agama Islam, kita menggunakan gelaran raja yang kemudian ditukar kepada sultan. Konsep raja juga berkait rapat dengan konsep daulat dan derhaka. Hal ini membawa maksud bahawa raja memegang kedudukan teratas dalam stratifikasi sosial masyarakat India. Sesiapa yang mengingkari arahan raja, maka ia di anggap derhaka dan akan mendapat balasan buruk. Konsep ini sememangnya jelas bercanggah dengan fahaman ajaran Islam yang ada di Malaysia, Namun yang demikian, konsep daulat masih diamalkan di negara kita dan tidak dilupakan juga, kita masih menggunakan peralatan alat-alat kebesaran dimana turut diamalkan oleh tamadun India. Antara contohnya ialah ketur, cap mohor, tombak dan perhiasan berwarna kuning yang masih kita amalkan hingga  ke saat ini. Amalan sistem beraja di Tamadun Malaysia dewasa ini juga menunjukkan bahawa pengaruh Hindu sememangnya sudah sebati dengan amalan yang  diamalkan di tamadun  Malaysia
 3.0 Adat istiadat
Pengaruh Hindu yang menjadi ikutan dalam masyarakat Melayu yang kedua ialah adat melenggang perut. Adat melenggang perut kebanyakannya lebih difahami masyarakat Melayu di Selatan Semenanjung manakala di sebelah Utara Semenanjung lebih dikenali dengan panggilan kirim perut. Adat ini ialah suatu adat yang dijalankan ke atas seorang isteri yang telah genap 7 bulan hamil dan ia bertujuan untuk meletakkan kedudukan bayi di dalam perut di tempat yang sepatutnya, iaitu di bahagian kepala di pintu rahim. Ini penting bagi memudahkan si ibu bersalin dan bayi tidak kelemasan di dalam perut. Upacara melenggang perut ini akan di lakukan oleh Tuk Bidan dan  ini merupakan kepercayaan animisme pada unsur ghaib. Bahan-bahan yang digunakan dalam upacara ini ialah beras kunyit, buah kelapa agar ibu dapat lahirkan anak dengan mudah dan selamat. Pada permulaannya bidan akan membacakan jampi mentera dan mengandam wanita hamil tadi. Seterusnya tepung tawar akan dicalit ke muka wanita hamil tersebut dan beras kunyit akan ditabur. Adat ini dipercayai mengandungi unsur-unsur budaya Hindu dan telah menjadi ikutan masyarakat Melayu di Malaysia.
Adat berinai juga merupakan adat tamadun Hindu yang diikuti oleh masyarakat Melayu. Majlis berinai dijalankan secara berperingkat. Terdapat 3 peringkat berinai iaitu berinai curi, berinai kecil dan berinai besar. Secara ringkasnya berinai curi ini biasanya diadakan pada waktu petang hari. Manakala berinai kecil pula dilakukan selepas berinai curi dan dilakukan pada sebelah petang. Bagi istiadat berinai besar pula,ianya dijalankan pada malam sebelum majlis langsung atau selepas majlis akad  nikah untuk para jemputan khas daripada kedua-dua pihak pengantin. Pengantin perempuan akan  memakai inai pada kesemua jari tangan dan kaki termasuklah pada tapak tangan. Sebaliknya, pengantin lelaki hanya memakai inai pada jari kelingking, jari manis dan jari hantu pada sebelah tangan  sahaja. Corak lukisan inai di atas tangan kalangan masyarakat Melayu bermula sejak beberapa tahun sebelm ini. Corak ini adalah dari pengaruh tamadun Hindu di India.
Seterusnya ialah adat membelah mulut bayi. Adat ini merupakan upacara mencecah garam ke mulut bayi yang baru lahir dan bagi upacara ini bersamaan dengan adat Hindu yang mencecah madu dan minyak sapi ke bibir bayi seperti yang dilakukan oleh Brahmin supaya bayi itu panjang umur dan mendapat kebahagiaan di dalam hidupnya. Tapi bagi  Islam, adat ini diganti dengan mencecapkan air zam-zam atau kurma ke dalam bibir bayi tersebut. Pembacaan mentera yang biasa dilakukan sebelum adat itu dimulakan juga telah digantikan dengan pembacaan surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas kemudian dibacakan doa. Sebaik sahaja bayi berusia enam belas hari, upacara pemberian nama dilakukan. Ia dilakukan dengan memasukkan bayi ke dalam buaian dan dikendalikan oleh ahli keluarga yang tertua yang arif tentang agama dan perkara yang berkaitan dengan dewa-dewa. Nama-nama yang dipilih lazimnya berdasarkan almanak dengan mengikut tarikh kelahiran bayi. Nama-nama tokoh sejarawan, nenek moyang serta yang berkaitan dengan agama Hindu juga dipilih bagi bayi tersebut kerana nama yang dipilih ini akan mempengaruhi perwatakannya kelak.
4.0 Kesenian
Menurut  Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, keseniaan bermaksud perihal seni yang berkaitan keindahan dan kehalusan dalan sesebuah budaya. Seperti yang diketahui, tamadun india merupakan tamadun yang kaya dengan pelbagai ciri unik dalam aspek kebudayaan telah mewujudkan warna warni dalam kepelbagaian budaya dan etnik di Malaysia.
Antara sumbangan kesenian tamadun India di Malaysia adalah dari seni tarian. Seni tarian merupakan aspek kebudayaan kaum India di Malaysia, tarian yang kaya dengan pelbagai langkah yang menarik telah mewujudkan suasana yang berwarna warni di Malaysia yang memang kaya dengan pelbagai bangsa dan budaya  Muzik di India terbahagi kepada dua iaitu tradisi muzik Hindustan di utara dan tradisi muzik Karnatak di selatan. Ramai ahli muzik yang terkenal seperti Tan Sen, Nayak Baiju, Ram Das Raj Bahadur (raja dari Malwa) dan Tantarang Khan. Tarian ini menjadi satu tarian yang wajib dipersembahkan  kepada raja pada masa itu iaitu Akhbar Khan, pemerintah kerajaan India pada masa itu dan masih dipersembahkan oleh kaum India khususnya di India.
Salah satu tarian yang masih di amalkan oleh kaum India pada hari ini ialah Tarian Bharata Natyam. Tarian ini merupakan salah satu gaya tarian klasik India. Tarian klasik Bharata Natyam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan tradisi, yang mana untuk menguasainya perlu mengambil masa bertahun-tahun kerana terdapat pelbagai gerakan tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari demi untuk mempersembahkan tarian warisan lama yang dihormati ini secara lengkap, penuh dengan kegemilangan.Tarian ini berasal daripada wilayah Tamil Naidu di bahagian Selatan India.
Secara tradisionalnya, tarian ini di persembahkan secara solo oleh seorang penari wanita.Suatu persembahan yang lengkap dalam  tarian ini merangkumi enam  peringkat di kenali sebagai Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana. Peringkat-peringkat ini menggabungkan elemen Nritta atau tarian tulen dan Nritya ( Tarian Ekspressi ).
Selain itu, Tarian Khatak ini merupakan salah satu lagi tarian  klasikal India. Perkataan Kathak berasal dari perkataan India Katha yang bermaksud ‘seni bercerita’. Dari sifat asalnya yang merupakan ekspresi menghambakan diri kepada tuhan-tuhan Hindu, Kathak berkembang ke istana-istana pemerintah. Tarian yang klasikal dan memiliki langkah tari yang menarik perlu diiringi oleh alat muzik yang menghidupkan seni tarian yang dipersembahkan oleh penari. Antara alat muzik yang terkenal dalam kalagan India adalah alat muzik seperti Tata Jati (alat muzik bertali), Vitata Jati (alat muzik bertali), Sushir Jati(alat tiupan),Ghana Jati (alat muzik gendering). Alat muzik purba India ialah drum dan gong. Alat muzik tersebut di kenali sebagai genderang , mridangan di Selatan India yang dikatakan tidak berapa berkembang. Mridangan boleh menghasilkan pelbagai jenis bunyi. Di sebelah utara, tabla dan dua buah drum diambil daripada tabla Arab yang merupakan alat muzik yang terpenting kepada muzik India hari ini. Alat muzik bertali seperti biola, petikan gitar sejenis pancang (sebatang kayu atau tembaga yang digunakan untuk tunjuk pada hujung yang ditolak ke dalam).
Secara keseluruhannya, dapatlah dirumuskan bahawa seni tarian masyarakat India dan Melayu adalah terdiri daripada beberapa jenis dan juga turut mempunyai keunikan seninya yang tersendiri yang berlainan antara satu dengan yang lain. Walaupun demikian, matlamat sebenarnya adalah satu iaitu untuk menghiburkan ataupun sebagai bahan hiburan dari dahulu hinggalah ke pada hari ini. Oleh itu, adalah diharapkan tarian dua masyarakat yang berlainan ini akan berkekalan hinggalah ke generasi yang seterusnya.
5.0 Budaya
Adat secara umumnya didefinisikan sebagai suatu aturan dan cara hidup. Adat ini juga mencerminkan segala perbuatan yang adakalanya dilakukan setiap hari ataupun musim sama ada berpandukan bulan atau tahun. Suatu perkataan yang sinonim dengan adat ialah budaya. Walaupun dari aspek bunyinya berbeza,tetapi dari segi pengertiannya adat dan budaya merupakan konsep yang saling bergantung dan sama. Kebudayaan dan peradaban pula adalah satu kesatuan yang kompleks yang mengandungi antaranya pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam dan lain-lain. Sebelum kedatangan Islam, agama dan budaya Hindu-Buddha telah bertapak kukuh dalam masyarakat alam melayu hingga berabad-abad lamanya. Mereka menyapa dengan sebutan “vanakam” dan sentiasa bertanyakan tentang kesihatan, kerja, perniagaan atau sebagainya. Tetamu sentiasa dijamu minuman atau makanan dan  mesti sudi menerima hidangan dengan baik sebagai tanda hormat kepada tuan rumah. Jika menerima sesuatu, elok digunakan tangan kanan sebagai tanda kebaikan dan kesyukuran.
Agama Hindu boleh dikatakan menjadi anutan kebanyakkan masyarakat atasan seperti golongan istana kerana ianya amat sesuai untuk menjaga kepentingan sosial dan politik mereka sendiri. Rakyat biasa atau bawahan selalunya menganut dan memegang kepada kepercayaan animisme. Hal ini demikian kerana pada asalnya agama Hindu dianggap sebuah agama suci yang hanya layak dianuti oleh golongan atasan seperti golongan raja dan golongan Brahmin seperti yang dapat di lihat dalam stratifikasi sosial masyarakat India. Tamadun India banyak mempengaruhi adat dan budaya masyarakat melayu di Malaysia.
Adat Melayu yang awal dipengaruhi oleh unsur-unsur Hindu yang diperolehi melalui kitab-kitab lama seperti Rayamana dan Mahabrata. Kitab tersebut merupakkan karya agung yang menjadi asas rujukan dalam agama Hindu. Ia juga berfungsi sebagai tunjang kepada pengurusan hidup sebelum kedatangan pengaruh Islam ke Asia tenggara khususnya di Malaysia. Ketika adat ini diamalkan,Islam masih belum sampai ke Nusantara. Ada di antara adat-adat dalam tamadun India ini masih diamalkan sehingga ke hari ini. Pastinya kita pernah melihat upacara perkahwinan dan persandingan di dalam majlis-majlis perkahwinan masyarakat Melayu. Ini merupakan salah satu contoh adat Hindu yang masih di amalkan di Malaysia. Sebagai contohnya, dalam adat perkahwinan pasangan yang berkahwin dikatakan raja sehari dan diadakan upacara bersanding sebagai kemuncak bagi upacara tersebut. Pasangan ini akan diletakkan di atas pelamin tanpa bergerak-gerak. Upacara persandingan seolah-olah menjadi satu kewajipan  sedangkan persandingan itu merupakan adat Hindu yang mengagung-agungkan Dewa Rama dan Dewi Sita dengan sebab inilah pengantin baru di gelar sebagai Raja Sehari. Selain itu, penggunaan sirih pinang dan beras kunyit merupakan pengaruh Hindu dan penggunaan beras kunyit ialah bertujuan memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi. Hal ini telah menyebabkan pengaruh tamadun India dari segi perkahwinan dan persandingan ini wajib di ikuti oleh masyarakat Melayu di Malaysia hingga sekarang.
Pengaruh Hindu yang menjadi ikutan dalam masyarakat Melayu yang kedua ialah adat melenggang perut. Adat melenggang perut kebanyakannya lebih difahami masyarakat Melayu di Selatan Semenanjung manakala manakala di sebelah Utara Semenanjung lebih dikenali dengan panggilan kirim perut. Adat ini ialah suatu adat yang dijalankan ke atas seorang isteri yang telah genap 7 bulan hamil dan ia bertujuan untuk meletakkan kedudukan bayi di dalam perut di tempat yang sepatutnya, iaitu di bahagian kepala di pintu Rahim. Ini penting bagi memudahkan si ibu bersalin dan bayi tidak kelemasan di dalam perut. Upacara melenggang perut ini akan di lakukan oleh Tuk Bidan dan ini merupakan kepercayaan animisme pada unsur ghaib. Bahan-bahan yang digunakan dalam upacara ini ialah beras kunyit, buah kelapa agar ibu dapat lahirkan anak dengan mudah dan selamat. Pada permulaannya bidan akan membacakan jampi mentera dan mengandam wanita hamil tadi. Seterusnya tepung tawar akan dicalit ke muka wanita hamil tersebut dan beras kunyit akan ditabur. Adat ini dipercayai mengandungi unsur-unsur budaya Hindu dan telah menjadi ikutan masyarakat Melayu di Malaysia.
Adat berinai juga merupakan adat tamadun Hindu yang diikuti oleh masyarakat Melayu. Majlis berinai dijalankan secara berperingkat. Terdapat 3 peringkat berinai iaitu berinai curi, berinai kecil dan berinai besar. Secara ringkasnya berinai curi ini biasanya diadakan pada waktu petang hari. Manakala berinai kecil pula dilakukan selepas berinai curi dan dilakukan pada sebelah petang. Bagi istiadat berinai besar pula,ianya dijalankan pada malam sebelum majlis langsung atau selepas majlis akad nikah untuk para jemputan khas daripada kedua-dua pihak pengantin. Pengantin perempuan akan memakai inai pada kesemua jari tangan dan kaki termasuklah pada tapak tangan. Sebaliknya, pengantin lelaki hanya memakai inai pada jari kelingking, jari manis dan jari hantu pada sebelah tangan sahaja. Corak lukisan inai di atas tangan kalangan masyarakat Melayu bermula sejak beberapa tahun sebelm ini. Corak ini adalah dari pengaruh tamadun Hindu di India. Di Malaysia, majlis perkahwinan masyarakat India dijalankan oleh pendanda. Pedanda memulakan upacara perkahwinan dengan sembahyang memohon restu kepada Tuhan supaya perkahwinan berjalan lancar tanpa apa-apa halangan. Dulang berisi atchatai dibawa kepada hadirin. Atchatai ialah beras yang dicampur kunyit serta bunga yang ditaburkan diatasnya.
Beras ini digunakan untuk merestui pengantin sewaktu upacara mengikat thali berlangsung. Pedanda akan menyerahkan thaali kepada pengantin lelaki. Sebaik sahaja diarahkan oleh pedanda, pengantin lelaki akan mengikat thaali pada leher pengantin perempuan. Thaali hendaklah menyentuh dada dan benang suci akan disimpul sebanyak tiga kali. Sewaktu upacara ini berlangsung, atchatai akan ditaburkan ke atas pengantin sebagai tanda restu. Seterusnya pengantin akan bertukar kalungan bunga yang dipakai sebanyak tiga kali. Selepas itu pengantin lelaki akan memegang tangan pengantin perempuan dan mengelilingi api sebanyak tiga kali.
Seterusnya ialah adat membelah mulut bayi. Adat ini merupakan upacara mencecah garam ke mulut bayi yang baru lahir dan bagi upacara ini ia bersamaan dengan adat Hindu yang mencecah madu dan minyak sapi ke bibir bayi seperti yang dilakukan oleh Brahmin supaya bayi itu panjang umur dan mendapat kebahagiaan di dalam hidupnya. Tapi bagi Islam adat ini diganti dengan mencecapkan air zam-zam atau kurma ke bibir bayi tersebut. Pembacaan mentera yang biasa dilakukan sebelum adat itu dimulakan juga telah digantikan dengan pembacaan surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas kemudian dibacakan doa.
Tamadun India juga telah mempengaruhi tamadun Melayu di Malaysia dari segi makanan. Antara contoh makanan tradisional tamadun India ialah roti canai,paratha dan puri. Makanan ini merupakan makanan kegemaran kaum india. Namun kini, makanan ini semakin digemari oleh sesiapa sahaja tidak kira bangsa dan agama. Terutamanya, roti canai berjaya meletakkan tarafnya bersama dengan nasi lemak yang merupakan makanan tradisional tamadun Melayu dan ini amat diminati oleh sebilangan besar rakyat Malaysia sekarang.
Capati dan tosai juga tidak ketinggalan kerana mempunyai banyak khasiat dan juga sesuai untuk mengurangkan penyakit kencing manis dan darah tinggi. Roti-roti ini biasanya sedap dimakan sekiranya dicicah bersama dal, kari dan sambal. Di samping itu, tosai ini mempunyai banyak nama lain seperti dosay, dose, dosai, dhosha, thosai ataupun chakuli. Tosai juga terdiri daripada pelbagai jenis seperti tosai telur, tosai cili, tosai bawang dan sebagainya. Makanan tradisional ini sering dimakan oleh rakyat Malaysia terutamanya kaum India itu sendiri. Tosai ini boleh didapati di mana-mana gerai atau atau kedai mamak dan juga di restoran India. Makanan tradisional India ini dimakan sebagai sarapan pagi atau minum petang. Boleh dimakan dengan pelbagai jenis lauk sampingan seperti sambal dari buah-buahan, acar india, kari ayam atau daging kambing dan lain-lain. Di dalam tosai ini diisi dengan kentang dan bawang yang telah di goreng sehingga rangup. Tosai amat kaya dengan karbohidrat dan protein.
Selain itu, makanan traddisional yang lain adalah seperti kuih muih tamadun India iaitu muruku. Muruku juga seperti tosai mempunyai pelbagai nama lain. Antaranya ialah chakli dan chakri. Makanan tradisional ini sudah pasti berasal dari negara India. Bahan utama untuk membuat muruku ialah urad dan tepung beras. Muruku boleh didapati di mana-mana sahaja dan sering dihidangkan sebagai makanan ringan. Muruku juga boleh dibuat dengan pelbagai perasa seperti cili, asafetida, ajawain dan cumin. Semua orang daripada pelbagai kaum menikmati makanan ini tidak kira umur kerana maruku senang dihidangkan dan lazat.
Selain itu ada sejenis makanan tradisional India yang tidak kurang hebatnya iaitu nasi beriani. Nasi berianai ini ada terdiri daripada dua iaitu nasi beriani ayam atau kambing. Boleh didapati di kedai-kedai mamak dan sebagainya. Selain dari yang tersenarai, ada banyak lagi makanan tradisional tamadun India yang memberi kesan kepada rakyat di Malaysia.
Pakaian tradisional tamadun India telah banyak mempengaruhi dan meninggalkan kesan kepada tamadun Melayu dan rakyat Malaysia. Antara pakaian tradisional tamadun India ialah sari. Sari amat dikenali di dunia kerana rakyat daripada pelbagai bangsa meminati reka bentuknya.  Untuk membuat sari, sebidang kain berukuran 5 hingga 6 ela panjang dipadankan dengan kain dalam yang berwarna seakan-akan kain sari tersebut serta choli yang berwarna sama atau tidak. Kain sari ini dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di atas bahu kiri. Kain dalam dipakai di atas atau di bawah pusat dan berfungsi menyokong kain sari tersebut dari terlucut. Sari ini diperbuat daripada pelbagai jenis, corak dan warna kain yang sememangnya indah.
Di samping itu, kurta juga merupakan pakaian tradisional India yang digemari dan sering dipakai oleh lelaki kaum India. Kurta ini merupakan kemeja panjang yang sampai ke lutut  yang diperbuat daripada kain kapasdan sutera. Pada kebiasaannya,kurta akan dipakai bersama seluar longgar, salwar longgar atau seluar churidar. Kurta pajama pula merupakan kurta yang dipakai oleh pemakainya bersama pajama dimana kurta pajama ini kebanyakkan dipakai ketika majlis-majlis rasmi. Kurta ini juga boleh dipakai, bersama dhoti. Dhoti ialah sejenis kain berbentuk segi empat panjang yang dilonggarkan sepanjang 5 meter yang dililit di sekitar pinggang dan kaki.
6.0  Ilmu pengetahuan
Ilmu merujuk kepada pemahaman manusia terhadap sesuatu perkara. Selain itu, ilmu juga merupakan hasil daripada kajian terhadap sesuatu perkara dan mempunyai potensi untuk dimanfaatkan demi kebaikan manusia. Secara bahasa (al-‘ilmu) merupakan lawan kepada   (al-‘jahl atau kebodohan) berasal dari perkataan Arab, iaitu mengetahui sesuatu sesuai dengan keadaan sebenarnya, dengan  pengetahuan yang pasti. Menurut para ilmuan, ilmu pengetahuan juga adalah satu “Ilmu merupakan suatu sistem yang paling dapat diandaikan dibandingkan dengan sistem lainnya dalam memahami masa lampau, sekarang, serta mengubah masa depan.”(T. Jacob)
Pengaruh Hindu yang datang daripada Tamadun India telah banyak mempengaruhi ilmu dari segi bahasa di Malaysia. Kesusasteraan India yang mantap dan banyak mengandungi unsur bahasa yang menarik menjadi sumber perkembangan ilmu pegetahuan sekitar kawasan Asia tenggara. Penggunaan bahasa dari bahasa hindu banyak dijadikan asas kepada kesusasteraan India. Menurut sejarah Asia, Orang India dianggarkan datang ke Asia Tenggara adalah pada sekitar kurun pertama Masihi. Pada zaman ini, penyebaran tamadun India begitu berkembnag sehinggakan kebanyakkan kawasan sekitar Asia Tenggara menerima pengaruh India.
Pengaruhnya boleh dilihat dalam konteks penggunaan bahasa Melayu pada zaman empayar Srivijaya. Batu bersurat yang dijumpai di sekitar Palembang(kurun ke-7M), Talang Tuwo(684M) dan di Pulau Bangka(686M) menunjukkan bukti bahawa terdapat kira-kira 70% kosa kata bahasa Melayu kuno dan 30% lagi kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit. Bahasa Melayu memang mempunyai banyak persamaan dengan bahasa Sanskrit(Hashim,2005). Contohnya boleh didapati pada batu Bersurat Kedukan Bukit (683M) pada kosa-kosa kata berikut:

Bahasa Melayu KunoBahasa Sanskrit
Wulan – bulan
Naik – naik
Sambau – kapal
Hiyang – Tuhan/tuan
Mgalap – mencari
Marlapas – berlepas
Dari – dari
Membawa – membawa
Yang – yang
Sepuluh – sepuluh
Datang – datang
Manua – benua
Swasti – selamat
Dapunta – baginda
Bala – tentera
Tsihara – pawang
Jayasidhayarta – kota yang berjaya
Tlu – tiga
Shri – bahagia
Ada juga pendapat yang mengatakan kononnya Bahasa Melayu berasal dari Bahasa Tamil. Terdapat juga beberapa perkataan Tamil yang berasal daripada Bahasa Sanskrit jika dibandingkan dengan perkataan Bahasa Melayu:
Bahasa SanskritBahasa MelayuBahasa Tamil
Agama
Akasa
Bhasa
Bhaya
Cakra
Danda
Gaja
Nagara
Putri
Udara
Agama
Angkasa
Bahasa
Bahaya
Cakera
Denda
Gajah
Negara
Puteri
Udara
Agamam
Akasam
Pasai
Abayam
Cakkaram
Dhandam
Gajam
Nakaram
Puttiri
Udanan
Jumlah bahasa Tamil dalam bahasa Melayu agak sedikit. Sebahagiannya pula merupakan pinjaman atas pinjaman iaitu bahasa Tamil yang dipinjam daripada bahasa asing kemudian dipinjam pula oleh bahasa Melayu. Contoh bahasa Tamil yang dipinjam ke dalam bahasa Melayu ialah ceti, kedai, canai, nilam, jodoh, ketumbar, kapal, dan kari(Noor Sinah,2013).
Tamadun India telah mencapai kegemilangan dalam pelbagai bidang dan memberi sumbangan yang besar kepada peradaban dunia. Dalam bidang matematik, unsur geometri digunakan dalam upacara keagamaan seperti upacara pengorbanan manakala algebra, angka sifar, dan perpuluhan matematik diperkenalkan dalam ilmu kira-kira dan masih digunakan sehingga sekarang. Bidang matematik tersebut mula berkembang kepada astronomi dan penciptaan kalendar. Ia digunakan untuk menentukan masa upacara pengorbanan dan kalendar matahari telah dicipta bagi mengenal musim, tahun, bulan dan hari.
Perkembangan tamadun India ini sangat berkait rapat dengan agama dan teknologi. Antaranya ialah dalam bidang fizik, alam semesta mempunyai lima elemen iaitu tanah, angin, api, air dan angkasa. Semua unsur alam ini adalah bercirikan atom. Dalam bidang kimia, ubat-ubatan telah dihasilkan untuk memanjangkan usia, membuat racun, dan sebagainya. Melalui proses kimia perubatan tersebut, penciptaan beberapa bahan alkali utama, asid, dan logam serta ubat bedil telah dihasilkan. Barangan keluaran tamadun India telah mendapat pengiktirafan daripada tamadun lain kerana penciptaan logam. Penggunaan bahan besi dan logam amat penting kerana kemahiran yang tinggi dilihat dalam pertukangan besi dan penciptaan besi dan logam ini masih digunakan sehingga sekarang.
Tamadun India juga memberi kesan dalam bidang perubatan. Ilmu perubatan pada tamadun India dikenali sebagai ilmu sihir. Perkembangan bidang fisiologi, pembedahan, seni pernafasan, reproduksi manusia, farmakologi dan veterinari telah berlaku sejak zaman sebelum masihi lagi. Banyak karya perubatan yang telah dihasilkan seperti Caraka yang dihasilkan pada abad 1-2M dan Susruta pada abad ke-4M. Karya ini dikatakan standing dengan karya perubatan Hippocrates dan Galen dari Yunani(Mohd. Hafiz,2010).
6.2 Perkembangan Ilmu
Selain dari kesusasteraan India yang menjadi asas kepada penggunaan dan perkembangan ilmu di Malaysia sebelum kedatangan sinar islam, aktiviti penterjemahan juga giat berkembaang sejajar untuk melahirkan sebuah tamadun yang mantap. Tamadun India menekankan kepada penguasaan bidang sains sebagaimana dalam tamadun India klasik. Perkembangan ilmu sains dan teknoogi di india memberikan pengaruh besar dalam penguasaan ilmu dalam kalangan masyarakat Malaysia khususnya.
Masyarakat India mendapatkan semua ilmu berkaitan sains dan teknologi melalui kitab suci mereka iaitu Kitab Veda. Antara penguasaan ilmu dalam kalangan masyarakat India ialah ilmu astronomi, perkembangan matematik, pengenalpastiaan kod dalam komunikasi tertentu. Masyarakat India bukan sahaja mengklasifikasikan entiti sebagai subjektif dan objektif seperti yang terkandung dalam ketetapan deskripsi misalnya sanskrit panini pada abad ke lima masihi. Perkembangan ini telah membawa banyak perubahan kepada perkembangan ilmu di Malaysia.
Tamadun India yang memiliki banyak khzanah ilmu khususnya dalam bidang kesusasteraan  sangat  mengalakkan perkembangan ilmu. Perkembangan ini membawa impak positif kepada pertembungan tamadun dan seterusnya mewujudkan suasana yang berintelektual. Sebagai contoh, pada awalnya masyarakat India mengira hari dan waktu subuh sehingga malam subuh berikutnya dan kekal dengan kalendar bulan-matahari. Kaedah ini telah menjadi asas kepada perkiraan waktu.
Tamadun India begitu mementingkan penguasaan dalam bidang matematik. Matematik dijadikan pelajaran wajib setiap pelajar di India. Kesannya dapat dilihat dalam perkembangan sistem pendidikan persekolahan di Malaysia
Sistem persekolahan di Malaysia juga menerima kesan daripada pengaruh tamadun India. Bahasa Hindu (Tamil) dijadikan subjek yang perlu diajar kepada pelajar yang bersekolah di sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT). Bahasa ini juga dittawarkan di peringkat pengajian institusi pengajian tinggi sebagai satu cara untuk memelihara kesusasteraan tamadun India. Perkembangan keilmuan tamadun India juga membawa impak dalam penguasaan bahasa di Malaysia. Kepelbagaian bahasa yang terdapat di Malaysia menjadikan masyarakat Malaysia begitu unik.
7.0 Seni Bina
Orang-orang India telah berhijrah ke Malaysia sejak 2,000 tahun yang lalu. Kedatangan agama Hindu dan Buddha meninggalkan kegemilangan terhadap bahan-bahan purba yang kemudian hilang atau pupus begitu sahaja akibat berlakunya perpindahan. Pengaruh daripada tamadun India juga telah meninggalkan kesan terhadap seni bina dan tinggalan-tinggalannya di Malaysia di sehingga kini.
Namun begitu, pengaruh India tidak banyak mempengaruhi seni bina bangunan di Malaysia. Pedagang-pedagang yang datang ke Tanah Melayu dahulu banyak mendirikan kuil-kuil agama Hindu yang banyak menyerupai bentuk seni bina kuil Hindu di India. Walaupun begitu pengaruh seni bina Selatan India juga banyak mempengaruhi seni bina masjid. Masjid Kapitan Kling (1802-1803) di Pulau Pinang merupakan salah satu contoh seni bina Selatan India yang dibina oleh ketua masyarakat India Muslim atau Kapitan. Seni bina India Muslim ini jelas kelihatan pada minaret yang tinggi dan kubah potong bawang. Struktur pembinaan seperti ini masih digunakan pada seni bina masjid pada zaman sekarang (Siti Norlizaiha,2010)
Pada kurun abad ke-14, sebuah kuil Buddha yang terletak di kawasan tanah berpasir dijumpai di Seberang Perai, Pulau Pinang. Ia wujud pada batu yang kelihatan seperti tiang. Di tengahnya mempunyai sebuah stupa yang dikelilingi 7 payung. Kuil Sri Mahamariaman yang dibina di Kuala Lumpur dibina pada penghujung abad ke-19 merupakan salah satu kuil Hindu yang paling cantik dengan hiasannya. Corak hiasan yang terdapat pada kuil ini sangat terperinci dan ia menggabungkan ukiran halus, hiasan emas, motif lukisan tangan, serta jubin indah dari Itali dan Sepanyol (Faces of Malaysia,2010)
Menurut kepercayaan Hindu, haiwan-haiwan tertentu dianggap suci, malah ada yang dianggap sebagai Tuhan atau pelindung. Seni ukiran yang dipengaruhi oleh fahaman ini telah diterapkan pada bangunan-bangunan seperti istana, rumah pembesar, rumah ibadat, pintu gerbang dan alat-alat perkakasan. Menurut kepercayaan penganut agama Hindu dan Budha,  kerja mengukir tuhannya adalah  kerja yang paling mulia(Ismail dan Ahmad, 2001).
Tamadun Malaysia juga banyak menerima pengaruh kebudayaan dari tamadun India. Hal ini kerana, agama Hindu yang disebarkan ke Tamadun Melayu menerapkan adat resam dan budaya orang India. Kedatangan agama ini mempengaruhi gaya hidup penduduk tempatan. Antaranya, amalan jampi dan mentera, melenggang perut, bertindik telinga, bersanding dan berinai. Dari segi bahasa pula, tamadun mengalami pengaruh bahasa Sanskrit hasil dari pembelajaran kitab Hindu yang ditulis dalam bahasa tersebut. Buktinya ialah, penemuan batu bersurat seperti Batu Bersurat Kedukan Bukit (683 M), Batu Bersurat Talang Tuwo (684 M), Batu Bersurat Kota Kapur (686 M) dan Batu Bersurat Karang Berahi (692 M). Kesemua batu bersurat ini mengalami pengaruh Bahasa Sanskrit dalam Bahasa Melayu Kuno.
Seni bina yang bercirikan India di Malysia juga dapat dilihat dalam beberapa reka bentuk bangunan di Malaysia. Sebagai contoh, reka bentuk Taj Mahal yang begitu unik dan penuh dengan ukurin kreativiti tamadun India. Pusat pentadbiran kerajaan persekutuan Malaysia yang terletak di Putrajaya mengambil contoh reka bentuk Taj Mahal di India. Ini jelas menunjukkan bahawa tamadun India begitu mahir dalam seni ukiran sehinggakan reka bentuk bangunan yang mereka hasilkan dijadikan sebagai asas pembinaan pusat penttadbiran di Malaysia.
Namun begitu, unsur keseniaan dalam tamadun India kebanyakkannya bermotipkan unsur dewa-dewi agama mereka dan ilustrasi yang berunsur ritual tertentu dalam agama mereka. Sebelum kedatangan Islam, masyarakat di Malaysia mengamalkan segenap amalan yang diguna pakai oleh masyarakat India. Reka bentuk seperti pembinaan rumah dan istana pada zaman sebelum kemunculan Islam juga turut menyamai reka bentuk India yang berunsurkan ritual amalan mereka. Keunikkan binaan tamadun India begitu terkenal dan menjadi kebanggaan mereka.
Tamadun India atau lebih dikenali dengan tamadun Indus tidak kurang hebatnya. Antara pencapaian penting atau utama yang telah dibangunkan oleh tamadun ini adalah ciri perancangan bandarnya yang begitu sistematik. Perkembangan seni bina dipengaruhi oleh persekitaran dan cuaca. Penggunaan jendela berkisi dibuat untuk mengurangkan pancaran cahaya matahari manakala batu marmar putih seperti terdapat di Rajasthan digunakan sejak zaman Moghul untuk kurangkan bahang. Seni bina India banyak menggunakan batu dan kayu sebagai sumber asas kerana mudah diperolehi.
Batu-bata dijadikan asas binaan bangunan-bangunannya yang terdiri daripada pelbagai saiz. Susunan bangunannya pula adalah selari mengikut grid-grid tertentu dan juga pembinaan jalan-jalan utama yang memudahkan medium perhubungan. Perancangan yang teliti ini juga dapat dilihat dengan corak penempatan yang dilakukan dimana terdapat pengkhususan bangunan-bangunan yang digunakan untuk pentadbiran,tempat beribadat dan juga tempat-tempat kediaman. Saiz rumah kediaman juga mempunyai pelbagai saiz dan dilengkapi bilik dan ruang tamau serta kemudahan bilik air yang berperigi. Contoh bandar terkenal yang mempunyai ciri-ciri sedemikian adalah dua bandar terkenal iaitu Mohenjo Daro dan Harapa.
Pada zaman Dinasti Maurya di bawah pemerintahan Asoka seni bina telah mencapai zaman kegemilangan. Seni bina zaman Asoka ini dipengaruhi oleh agama Buddha kerana Asoka sangat kuat berusaha mengembangkan agama Buddha. Pintu-pintu gerbang gua banyak dibina. Kuil-kuil dibina di dalam gua. Pada zaman ini juga dibina beribu-ribu stupa yang dibuat dari batu dan berbentuk kubah. Ia dibina ditempat suci. Ia bukanlah kuil Buddha tetapi merupakan tempat menyimpan bahan-bahan peninggalan Buddha. Dalam seni Buddha, elemen geometri iaitu empat segi dan bulat menjadi pilihan dalam Zaman Asoka kerana dikatakan sebagai satu usaha untuk membezakannya dengan elemen empat segi yang biasanya terdapat pada altar Zaman Vedik dan sebagai simbol Buddha iaitu Wheel of Law.
Untuk seni ukiran, masyarakat Indus telah menggunakan tanah liat dalam membentuk patung-patung dan alat-alat perhiasan. Tiang-tiang Asoka yang dibina dari batu pasir yang dilicinkan dan mencapai ketingian 40 kaki dan di hujungnya terdapat bentuk loceng dan bentuk empat segi yang dihiasi dengan gambar binatang seperti harimau, roda sebelum diletakkan gandingan tiga ekor singa iaitu pengawal kerajaan Asoka menjadi lambing kebesaran pada zaman pemerintahan kerajaan Asoka.
Kesimpulan
Kesimpulannya, sesebuah masyarakat itu dikatakan bertamadun apabila memenuhi segala ciri dan definisi yang diberikan ahli sejarawan berkaitan makna tamadun. Salah satu tamadun yang berjaya meluaskan pengaruhnya ke Tanah Melayu ialah Tamadun India.
Tamadun India banyak memberikan kesan dan pengaruh kepada masyarakat di Malaysia. Sebuah kerajaan yang tertua di dunia yang kaya dengan pelbagai adat budaya dan keseniaan yang tidak dapat ditandingi mana- mana tamadun. Secara signifikannya, tamadun yang sudah lama bertapak di Malaysia sejak zaman kolonial British telah mempengaruhi corak kehidupan masyarakat tempatan walaupun ia wujud beberapa abad lalu. Hal ini demikian kerana wujud unsur ketamadunan India sememangnya sinonim dengan budaya Asia yang penuh keunikkan dan nilai estetika yang tinggi.
Kemasukan tamadun India di Malaysia sememangnya membawa statu dimensi baru dalam cara hidup dan budaya masyarakat di Malaysia. Sebagai kesannya, berlaku percampuran budaya dalam kehidupan masyarakat seperti yang berlaku di Malaysia. Sumbangan dan pengaruh dalam aspek pendidikan, ekonomi, kebudayaan, kesusasteraan dan sosial dalam perkembangan tamadun tidak dapat disangkal lagi. Peradaban India seperti bahasa Tamil, kesusasteraan, struktur politik dan kerajaan, corak kehidupan harian, agama Hindu- Buddha telah memperkaya dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan pelbagai warna kebudayaan bahkan lebih bersedia di pentas global.
Pengaruh tamadun India dalam nilai hidup masyarakat menjadi sebati dalam kehidupan seharian. Kepelbagaian agama dan budaya dalam kalangan masyarakat Malaysia telah berjaya mewujudkan sebuah nasional yang harmoni dan berdaya saing sebanding dengan negara yang lain. Secara konklusinya, pengaruh dan kesan yang dibawa oleh tamadun India membawa warna dalam tamadun Malaysia.