Selasa, 4 Oktober 2016

Tugasan : Topik 1

1. Lakarkan 1 peta minda mengenai konsep ummah menurut Islam

Peta Minda 1.0 - Konsep Ummah Menurut Islam

2. Senaraikan budaya material dan non-material bagi 5 etnik di Malaysia (selain Melayu, Cina dan India)

IBAN

Iban merupakan kumpulan etnik terbesar di Sarawak. Mereka juga dikenali sebagai orang Dayak Laut kerana kemahiran mereka menggunakan bot. tetapi mereka sebenarnya adalah suku kaum hulu sungai daripada kawasan di tengah-tengah Kalimantan. Mereka merupakan pahlawan perlawanan  pada masa dahulu dengan pemburuan kepala dan perlanunan yang digeruni. Mereke menyembah Tuhan perintahan bertiga di bawah kuasa Singalang Burung, Tuhan Burung bagi peperangan. Walaupun kini, ramai daripada mereka telah beragama Kristian tetapi mereka masih mengamalkan kebanyakan daripada budaya tradisi mereka.


Gambar 1.0Baju Burung Masyarakat Iban


BUDAYA MATERIAL bagi masyarakat Iban dari segi pakaian ialah baju Burung Pakaian Istiadat suku kaum Iban. Lelaki memakai Baju Burung atau Gagung (sejenis baju yang tebal dan keras yang diperbuat daripada kulit haiwan seperti kulit beruang tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya) dan sirat serta tali pinggang lampit dan manik-manik. Kepala memakai setapok tunjang dan bulu kenyalang.   

Terdapat banyak lagi jenis pakaian tradisional yang dipakai oleh etnik Iban ini seperti bidang (kain sarung), bedong (kain selendang), marek empang (hiasan dada dari manik) dan Kalambi.




BUDAYA NON-MATERIAL bagi etnik Iban pula dari segi kepercayaan. Orang Iban percaya kepada kewujudan seorang Tuhan yang agung (Bunsu Petara) yang mencipta dunia ini dan alam semesta. Di bawah Tuhan agung ini, orang Iban percaya ada tujuh orang dewa yang sentiasa dihitung sebelum memulakan biau dan sampi dengan nama-nama seperti :
  • Sengalang Burong sebagai dewa Peperangan

  • Biku Imam Bunsu Petara sebagai dewa keagamaan

  • Menjaya sebagai dewa perubatan

  • Selempandai / Selempetoh / Selempeta sebagai dewa pembuatan

  • Sempulang Gana / Semerugah sebagai dewa pertanian dan tanah

  • Ini Inee / Andan sebagai penyembuh semulajadi dan dewa keadilan

  • Anda Mara / Gangga Ganggong sebagai dewa kekayaan.

Orang Iban percaya bahawa semua binatang yang hidup, tumbuhan dan barangan fizikal seperti bukit, gunung, sungai, air, ribut dan sebagainya mempunyai semangat atau roh masing-masing. Mereka juga percaya kepada orang Panggau Libau dan Gelong seperti Keling dan Laja, dan Kumang dan Lulong. Selain itu orang Iban menyembah roh-roh nenek moyang yang telah meninggal dunia untuk meminta pertolongan semasa Gawai Antu.

Ilmu firasat lama orang Iban bergantung kepada beberapa cara seperti berikut:

  • Mimpi yang baik atau buruk

  • Binatang bisa

  • Burung bisa yang sengaja dicari atau dijumpai tidak sengaja

  • Hati babi yang dibaca baik buruk maksudnya.

Contohnya apabila hendak membuka penempatan dan mendirikan rumah, kawasan tanah yang hendak didirikan rumah tersebut hendaklah disemak terlebih dahulu. Mereka juga percaya pada petanda-petanda lain seperti bunyi burung ketupung dan burung beragai. Bunyi yang dikeluarkan oleh binatang-binatang ini adalah petunjuk dan alamat untuk menentukan kesesuaian tapak. Semua petanda akan ditafsirkan oleh 'Beliau' dan 'Manang' bagi mematuhi adat supaya tidak mendatangkan malapetaka.

Mimpi merupakan salah satu sumber alamat tentang sesuatu yang bakal terjadi di masa akan datang dan diterjemah oleh Beliau dan Manang. Bagi menghidari petanda yang boleh mendatangkan malapetaka, biasanya upacara 'Ngintu Burung' dan 'belian' akan dijalankan mengikut 'Adat' yang dirujuk kepada Tuai Raban Bansa.


BIDAYUH

Orang Bidayuh sukakan kepada kehidupan yang mendamaikan dan suka mengambil jalan mudah. Selain itu, mereka terkenal dengan layanan baik dan tuak atau wain beras mereka. Orang Bidayuh membina rumah mereka di kawasan pergunungan Sarawak, mereka kebanyakannya terdiri daripada petani dan pemburu. Di waktu pemburuan kepala pada zaman mereka dahulu, tengkorak sebagai hadiah buruan mereka disimpankan di dalam 'baruk' rumah bulat yang berdiri setinggi kira-kira 1.5 meter dari atas tanah. Mereka pada asalnya adalah penganut animisme, sekarang kebanyakan dari mereka telah menganut agama Kristian.


Gambar 1.1 - Senjata Tradisional kaum Bidayuh

BUDAYA MATERIAL bagi masyarakat etnik Bidayuh ialah senjata tradisional seperti lembing, tombak, parang ilang (parang pendek), sumpit, “jepur” (seakan samurai) dan “rira” (meriam kecil) yang digunakan untuk berperang pada zaman dahulu kala. Manakala peralatan seperti parang, cangkul dan sabit digunakan untuk kegiatan pertanian.


Gambar 1.2 - Gong dan Gendang

Contoh BUDAYA NON-MATERIAL etnik Bidayuh ialah seni muzik. Bagi masyarakat Bidayuh muzik memainkan peranan dalam upacara keagamaan mereka. Ia berperanan menaikkan semangat, mengusir roh jahat dan sebagai pententeram kepada semangat roh. Ia terdiri daripada sepasang gong besar yang terbahagi kepada dua iaitu Oguong dan Kitaak, Canang, Gendang atau Pedabat dan Tawak(sejenis gong kecil). Selain itu, terdapat juga serunai atau seruling dan gitar buluh.


KADASAN DUSUN

Kumpulan etnik kedua terbesar di Sabah, Kadazan Dusun, membentuk kira-kira 30% jumlah penduduk negeri. Sebenarnya ia terdiri daripada dua puak iaitu Kadazan dan Dusun, tetapi dikumpulkan bersama kerana mempunyai bahasa dan budaya yang sama. Namun begitu, Kadazan biasanya tinggal di delta lembah tanah rendah, yang sesuai untuk menanam padi, sementara Dusun biasanya tinggal di kawasan berbukit dan bergunung-ganang di pedalaman Sabah.


Contoh BUDAYA MATERIAL ialah antara makanan tradisi yang terkenal di kalangan kaum Kadazan-Dusun ialah HinavaNoonsomPinaasakanBosouTuhauSup Kinoring Bakas (tidak halal) dan Sup Manuk Lihing. Makanan-makanan ini dapat disediakan dengan pelbagai cara mengikut kebiasaan amalan tradisi kaum Kadazan-Dusun.


Contoh BUDAYA NON-MATERIAL ialah tarian iaitu Tarian Sumazau. Tarian ini merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazan Dusun yang terkenal di seluruh Malaysia. Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan untuk menolak bala, menyemah semangat, dan mengubati penyakit. Juga melaluinya ibu-bapa/keluarga dapat menonton dan memilih bakal menantu yang berpotensi.


BAJAU
Mengikut sejarah, mereka adalah pelaut nomad yang menyembah Omboh Dilaut atau Dewa Lautan, mereka kadangkala dipanggil Gipsi Laut. Sebahagian yang meninggalkan amalan pelaut mereka menjadi petani dan penternak lembu. 

Contoh BUDAYA MATERIAL ialah dari segi makanan seperti kima dan putu. Kima adalah nama sejenis kerang laut dan terdapat dalam beberapa spesis, antaranya lapiran, kima bohe' dan sollot-sollot (bersaiz kecil dan menyelit di celah-celah permukaan batu). Kima dijadikan lauk dalam makanan tradisi Orang Bajau. Kima ini boleh dimakan mentah-mentah (inta') setelah dihiris atau dipotong kecil-kecil dan dicampur dengan air limau dan lada serta rempah-ratus yang lain mengikut selera orang yang hendak makan. Ia juga boleh dimasak bersama sayur. Ada juga kima yang dikeringkan di bawah sinar matahari dan biasanya ia dimasak bersama sayur. Makanan yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya lalu dimasak secara stim. Lazimnya, Putu dimakan bersama Sagol, Kima, Tehek-tehek,Тayum dan beberapa makanan Tradisional Bajau yang lain (Selalunya makanan laut). Ianya kenyal dan sedikit melekit. Rasanya seperti ubi yang dicampur tepung.
Gambar 1.3


BUDAYA NON-MATERIAL bagi masyarakat Bajau ialah Tarian Limbai merupakan satu tarian traditional suku kaum Bajau Samah Kota Belud. Tarian Limbai biasanya ditarikan ketika majlis perkahwinan semasa menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak ke rumah pengantin perempuan.

Sebaik sahaja rombongan pengantin sampai, perarakan dihentikan sementara, lalu tarian Limbai dipersembahkan di hadapan pengantin. Ia merupakan upacara khas sebagai isyarat menjemput pengantin lelaki naik ke rumah untuk melakukan istiadat ijab qabul yakni pernikahan.


MURUT
Asalnya menduduki kawasan pedalaman utara Borneo, mereka adalah kumpulan etnik di Sabah yang paling akhir dalam menghentikan amalan pancung kepala. Kini, mereka terlibat dalam tanaman padi huma dan ubi keledek, serta menambah sumber makanan mereka dengan menyumpit dan memancing.
Gambar 1.4
Pakaian Tradisional Kaum Murut

Contoh BUDAYA MATERIAL ialah pakaian. Bagi pakaian Adat suku kaum Murut, lelaki memakai jaket barbaru dan cawat dari kulit kayu puputul yang dilukis dengan motif dari manik atau warna. Perhiasan kepalanya tupi sinulatan juga dari kulit kayu. Wanita menggayakan pakaian pinongkolo dari kain kapas berhiaskan motif sarat dari manik-manik berwarna-warni. Perhiasan diri juga dari manik seperti rantai rarangkol dan hiasan kepala salupai. 

Contoh BUDAYA NON-MATERIAL ialah Tarian Magunatip merupakan tarian tradisi suku kaum Murut Timugon dari daerah Tenom. Magunatip berasal dari perkataan ‘apit’ yang bermakna jepit (ketika menari kaki penari terjepit atau terapit oleh 2 buluh jikalau tidak cekap mengelakkannya).

Magunatip ditarikan dalam majlis Hari Magavau yang memuja semangat padi. Biasanya tarian ini tidak memerlukan iringan muzik kerana bunyi buluh yang dilagakan akan berbunyi kuat serta rentak dan irama menarik. Ini ditarikan oleh sepasang penari yang berpakaian tradisi. Dua orang akan melagakan alu dan dua orang lagi memegang pangkal alu supaya tidak berganjak dari kedudukannya. Tarian Magunatip bertujuan untuk memeriahkan sesuatu upacara yang diadakan.



3. Berdasarkan surah ar-Rum ayat 22, huraikan bagaimana Islam menanggapi budaya masyarakat majmuk


Surah ar-Rum ayat 22


وَمِنْ آيَاتِهِ خَلْقُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافُ أَلْسِنَتِكُمْ وَأَلْوَانِكُمْ ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِلْعَالِمِينَ

Artinya: Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan berlain-lainan bahasamu dan warna kulitmu. Sesungguhnya pada yang demikan itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui.

       Berdasarkan ayat serta terjemahan surah ar-Rum, dapat kita ketahui bahawa Allah telah menjelaskan bahawa di dunia ini terdapat pelbagai bangsa (berlainan bahasa, berlainan warna kulit). Dari setiap satu-satunya diberikan kebolehan atau kemahiran yang berbeza serta geografi yang berbeza. Maka seandainya tiada percampuran budaya di antara masyarakat majmuk, tidak akan lengkap sesebuah masyarakat itu.

Setiap kaum umpama serpihan puzzle. Jika tidak dicantum, maka tidak lengkap lukisan yang tertera pada keseluruhan puzzle. Islam menggalakkan perhubungan antara kaum yang pelbagai. Percampuran antara budaya yang pelbagai akan saling-melengkapi sebagaimana puzzle tadi. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan