Nur Ain Shaqila binti Ishak
Pada minggu ini, saya telah mempelajari tentang sambungan ayat surah al-Hujraat. Daripada apa yang saya pelajari daripada tafsiran surah tersebut ialah kemuliaan. Seringkali disebut dalam tafsiran yang diberikan oleh rakan-rakan adalah perkataan mulia. Jadi, sebagai seorang Muslim, kita hendaklah menjadi seorang yang mulia dalam apa jua keadaan dalam kehidupan seharian kita. Samada, terhadap Allah SWT, sesama manusia mahupun terhadap diri sendiri. Selain itu, apabila kita semakin mengenal manusia di sekeliling kita, kita juga akan mengenal Allah SWT. Hal ini kerana, ia merupakan cara Allah SWT beri kepada kita untuk mengenal Dia seadanya.
Maka, dengan ini saya berazam untuk mesti sentiasa belajar untuk menjadi seorang yang mulia terhadap diri Allah SWT, manusia mahupun diri sendiri. Saya mesti berusaha untuk mengenal Allah, manusia dan segala nikmat yang telah dikurniakan untuk menjadi seorang Muslim yang lebih baik.
Nur Diyana Assyiqin binti Khairul Afzanizal
Pada minggu ini, saya telah mempelajari sambungan daripada pembelajaran ayat al-Hujurat yang masih belum selesai lagi. Apa yang telah saya pelajari daripada ayat ke-8 ialah nikmat terbesar Allah SWT turunkan kepada umat manusia ialah Rasulullah SAW itu sendiri.Dalam ayat ke-9 pula menerangkan bahawa kita sebagai mukmin bertanggungjawab mendamaikan golongan mukmin yang sedang bergaduh dengan adil sehingga mereka bersatu kerana orang mukmin adalah bersaudara.Dalam ayat ke-11, janganlah kita mencemuh orang lain kerana mungkin orang lain itu lebih mulia dan lebih baik berbanding kita.Kita juga dilarang sama sekali memanggil dengan gelaran yang tidak baik.Sekiranya mereka tidak bertaubat mereka adalah golongan yang zalim.Dalam ayat ke-12, kita perlulah menjauhi prasangka buruk, jangan mencari kesalahan orang lain dan jangan mengumpat.Ayat ke-13 pula semua umat manusia perlulah saling kenal mengenali dan memahami walau berbeza bangsa.Allah SWT menilai melalui takwa bukan asal usul.
Tambahan juga di dalam kelas juga sempat menyentuh sedikit topik kedua iaitu sejarah pluraliti masyarakat di alam Melayu.Di sini saya mempelajari tentang istilah pluraliti iaitu berlaku secara semulajadi tanpa paksaan dan juga pluralistik iaitu secara paksaan.Sebelum kerajaan Melayu Melaka, pluraliti masyarakat di alam Melayu zaman awal berlaku secara sukarela iaitu tanpa paksaan.Kami juga mempelajari tentang kerajaan Melayu awal sebelum Islam dari segi kepercayaan, bahasa dan hubungan etnik.
Tambahan juga di dalam kelas juga sempat menyentuh sedikit topik kedua iaitu sejarah pluraliti masyarakat di alam Melayu.Di sini saya mempelajari tentang istilah pluraliti iaitu berlaku secara semulajadi tanpa paksaan dan juga pluralistik iaitu secara paksaan.Sebelum kerajaan Melayu Melaka, pluraliti masyarakat di alam Melayu zaman awal berlaku secara sukarela iaitu tanpa paksaan.Kami juga mempelajari tentang kerajaan Melayu awal sebelum Islam dari segi kepercayaan, bahasa dan hubungan etnik.
Noor Atika binti Mazlan
Pada hari ini saya telah belajar tentang system pluralistik dan plurality dalam masyarakat di Tanah Melayu iaitu kerajaan awal sebelum merdeka. Pluraliti telah mewujudkan perpaduan dengan meletakkan pelbagai bangsa dalam satu kawasan. Manakala pada era British mereka telah mengasingkan setiap bangsa di tempat yg berlainan dan aktiviti yg berbeza.
Maka saya berazam untuk memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat yg berbilang kaum dan melakukan aktiviti seharian yg sama tanpa merasa tersisih dan sebagainya.
Nurmazatul Syafina binti Maktar
Apa yang saya belajar hari ini ialah jangan mencemuh orang lain dan jangan bersangka buruk terutama sekali bersangka buruk terhadap ALLAH.
Maka dengan ini saya berazam untuk sentiasa menjaga mulut agar tidak mencemuh, mencela ataupun mengumpat dan saya juga berazam untuk sentiasa bersangka baik terhadap ALLAH.
Mohamad Fayyadh Zulkamal bin Mohd Mahali
Pada harini saya telah belajar mengenai kewujudan kerajaan melayu awal selain Kedah Tua dan Chih-Tu di awal Masihi. Sebelum sesi pembelajaran ini, ilmu mengenai kerajaan melayu awal amatlah cetek. Namun, di pengakhiran sesi, saya mendapati terdapat lagi kerajaan melayu lain yang wujud di awal masihi seperti Gangga Negara, Beruas, Temasik serta Santubong.
Maka dengan ini saya berazam untuk lebih peka mengenai sejarah nusantara khususnya mengenai bangsa saya tersendiri. Meningkatkan nilai patriotisme dalam diri merupakan tanggungjawab diri dan perlu diangkat sebelum terlambat.
Muhammad Firdaus bin Razmi
Pada harini saya telah pelajari tentang sejarah pluraliti masyarakat di Alam Melayu. Ia bermula seawal waktu Kerajaan Melayu Tua lagi sehingga kerajaan yang ada pada masa kini.
Maka dengan ini saya berazam untuk memelihara pluraliti tersebut dengan menghargai perpaduan yang sedia ada pada masa sekarang.
Maka dengan ini saya berazam untuk memelihara pluraliti tersebut dengan menghargai perpaduan yang sedia ada pada masa sekarang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan