1) Kenapa kemerdekaan diawalkan setahun?
Tanggal 31 Ogos 1957 merupakan hari keramat bagi Peseketuan Tanah Melayu kerana ia menandakan tamatnya penjajahan kuasa-kuasa asing selama hamper 450 tahun dan bermulanya sebuah negara yang berdaulat dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu. Bagaimanapun mungkin ramai yang tidak tahu bahawa tarikh itu ditetapkan di Pulau Pinang oleh seorang ulama, yang juga ahli falak terkemuka dan tokoh masyarakat yang disegani, Tuan Guru Haji Abdullah Ibrahim. Haji Abdullah atau dikenali sebagai Abdullah Fahim merupakan datuk kepada Perdana Memteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Sebelum Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj selaku Bapa Kemerdekaan Malaysia mengetuai rombongan ke London untuk berunding tentang tuntutan kemerdekaan dengan kerajaan Inggeris pada 1 Januari 1956, Tunku telah meminta nasihat daripada Allahyarham Tuan Guru Haji Abdullah Ibrahim. Tunku Abdul Rahman beranggapan beliau perlu berjumpa dengan Tuan Guru yang pada pendapatnya mempunyai firasat agar tarikh yang baik dapat dipilih bagi kemerdekaan Tanah Melayu.
Tuan Guru Haji Abdullah Ibrahim menyebut dalam bahasa Arab : “am khir atana”(tahun baik dating kepada kita) pada hari Sabtu 31 Ogos 1957. Beliau berpesan supaya jika tarikh untuk pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu tidak pada 31 Ogos 1957, maka pada tahun-tahun berikutnya sebelum tahun 1962 adalah tidak baik bagi orang Melayu untuk mengisytiharkan kemerdekaan. Beliau juga melirang pemuda-pemuda UMNO dari memberontak dan merampas kuasa jika kerajaan British tidak menyetujui tarikh 31 Ogos 1957 ini. Jika kemerdekaan tidak dapat disambut pada tarikh yang dikehendaki itu, Tuan Guru meminta supaya menunggu hingga lima tahun lagi iaitu pada hari Jumaat, 31 Ogos 1962.
Namun, pada 20 Februari 1956, telah ditetapkan pada 31 Ogos 1957 dan diisytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman di Padang Pahlawan, Bandar Hilir, ,Melaka bagi negara kita.
2) Apakah polemik yang timbul berkenaan RUU 355?
ULASAN Akta 355 adalah suatu akta untuk memberi bidang kuasa jenayah kepada mahkamah yang ditubuhkan bawah mana-mana undang-undang negeri bagi maksud membicarakan kesalahan jenayah bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah.
Akta ini mula-mula dikanunkan pada tahun 1965 dan waktu itu, ia dikenali sebagai Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.
Hukuman yang tersenarai dalam akta ini ialah denda RM1,000 dan penjara 6 bulan.
Pindaan yang pertama dilaksanakan pada tahun 1984 [yang dinamakan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 1984], untuk meluaskan lagi kuasa menghukum Mahkamah Syariah kepada tiga tahun penjara, RM5,000 denda dan enam kali sebatan.
Selepas itu, akta ini dipinda lagi pada tahun 1989 untuk diluaskan ke Sabah dan Sarawak [dinamakan sebagai Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan dan Perluasan) 1989].
Pindaan terakhir berlaku pada tahun 1997, tetapi pada tafsiran sahaja, dan ia digelar Akta Tafsiran (Pindaan) 1997.
Kesemua pindaan bermula tahun 1984, 1989 dan 1997 diusulkan oleh pihak kerajaan.
Manakala, buat kali pertama pindaan pada tahun 2016 baru-baru ini dibawa secara usul persendirian oleh yang berhormat anggota parlimen Marang yang bertujuan untuk meluaskan lagi bidang kuasa hukuman yang dibenarkan oleh Mahkamah Syariah, kecuali hukuman mati.
Analogi permit lebuh raya 5 lorong
Usul yang dibawa oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang menimbulkan banyak persoalan.
Oleh itu, Biro Penyelidikan Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengambil inisiatif memberi kefahaman kepada masyarakat dengan menganjurkan wacana bertajuk “RUU 355: Wajarkah bukan Islam bimbang?” yang bertempat di The Mines 2, Seri Kembangan.
Ia membariskan lima panelis, antaranya felo Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) Prof Madya Dr Shamrahayu, Prof Madya Dr Zulfakar Ramlee dari Pertubuhan Ikram Malaysia, Mujahid Yusof Rawa (Parti Amanah Negara), Howard Lee (DAP) dan Dr Zuhdi Marzuki (PAS).
Saya bersetuju dengan analogi Dr Zulfakar, pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) semasa wacana tersebut:
“Pindaan Akta 355 ini seumpama permit atau lesen untuk membina lebuh raya lima lorong (lima lorong yang memperkasakan lima maqasid syariah).”
Apabila menyebut cadangan pembinaan lebuh raya, terdapat dua pandangan.
Pandangan pertama daripada golongan yang tidak bersetuju untuk membina lebuh raya ini kerana tanahnya akan diambil dan yang pastinya akan ada tol yang membebankan.
Pandangan kedua pula datang daripada golongan yang bersetuju dengan pembinaan lebuh raya kerana akan menjadikan perjalanan lebih laju dan selesa.
Beginilah analoginya untuk pindaan Akta 355 ini. Ada yang tidak bersetuju kerana belum terbukti kesempurnaan proses perancangan dan beberapa isu teknikal untuk pindaan ini.
Proses ke arah pembinaan lebuh raya memerlukan langkah atau perancangan yang sangat rapi, seperti rundingan dengan pemilik tanah, bayaran pampasan yang sewajarnya kepada pemilik tanah, menyediakan pusat rehat dan rawat yang diuruskan dengan baik.
Ia bukan sekadar membina tol dan mendenda mereka yang melanggar peraturan.
Begitu juga untuk pindaan RUU 355 ini – ia memerlukan perancangan yang rapi, rundingan dengan pelbagai pihak dan perlaksanaan dalam suasana yang adil dan jauh daripada fitnah.
Dr Shamrahayu juga ada menyatakan di dalam wacana yang sama bahawa "jangan disebabkan ketidaksempurnaan melaksanakan hukum Islam, Islam difitnah".
Siapa patut bimbang?
Sebenarnya yang sepatutnya bimbang adalah orang Islam, bukannya bukan Islam.
Apabila pindaan ini diluluskan dalam keadaan persediaan yang tidak rapi dan sempurna, ia akan membuka jalan kepada keburukan yang lebih besar.
Nama baik Islam akan tercalar dek kerana sistem keadilan syariah yang tidak teratur dan tidak adil.
Seterusnya, wujud persepsi dari segi ketidakmampuan sistem undang-undang negeri untuk menjalankan hukuman tersebut, terutamanya pada bahagian pendakwaan dan perlaksanaan hukuman,yang boleh membawa kepada kemudaratan yang lebih besar.
Di samping itu, ketidaksempurnaan perlaksanaan hukum Islam juga akan mencemari nama baik negara Islam itu sendiri.
Sebagai contoh,perlaksanaan syariah di Pakistan telah menyebabkan mangsa rogol dibicara bawah hukuman zina sehingga mangsa rogol juga dimasukkan ke dalam penjara.
Di negara Sudan, kes terkenal Mahmud Mohd Taha (yang dibunuh kerana pandangan politik yang tidak bersetuju dengan perlaksanaan syariah).
Ia menggambarkan bukan sahaja kurang kesempurnaan dalam perlaksanaan hukum Islam, tetapi salah guna institusi agama untuk menindas orang yang mereka tidak suka atau menyingkirkan individu tertentu kerana kepentingan politik.
Jadi, jelas bahawa ketidaksempurnaan pelaksanaan hukum Islam akan memberi kesan yang besar.
Yang lebih membimbangkan adalah dikhuatiri ada pihak yang mengambil kesempatan daripada pelaksanaan hukum Islam untuk menyingkirkan individu tertentu disebabkan kepentingan politik.
Ini yang harus kita bimbang dan kita tidak mahu suasana seperti ini terjadi di dalam negara kita ini.
RUU 355 bukan hudud
Dr Zuhdi pula menjelaskan pindaan ini matlamat utamanya adalah untuk meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan memberi ruang kepada profesion kehakiman syariah.
Kenyataan ini jelas bahawa RUU 355 ini bertujuan meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah sahaja, bukannya hudud.
Enakmen jenayah negeri Kelantan dan Terengganu sahaja yang mempunyai hukuman hudud.
Jadi, yang tidak boleh dibantah oleh orang Islam adalah dua enakmen ini dan bukannya RUU ini.
Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Unit Penyelidikan RUU 355 di bawah Muslim Youth Legal Interest Group (MYLIG), badan sukarelawan yang membantu pelajar Muslim jurusan undang-undang mencapai impian dalam bidang perundangan, mendapati RUU ini bukan hudud.
Ia hanyalah sebuah cadangan perubahan aturan undang-undang yang sangat bersifat prosedural yang melibatkan mahkamah bawah bidang kuasa persekutuan.
Maka, RUU ini bukanlah termasuk hukum Islam substantif yang berdasarkan dalil daripada al-Quran dan Sunnah.
Maka, setiap Muslim boleh memilih untuk menyokong ataupun menolak perubahan aturan ini.
Ini bermaksud jika aturan perubahan undang-undang prosedural ini dibawa dengan perancangan yang rapi, ia wajar disokong, tetapi jika ia mengelirukan pengurusan Mahkamah Syariah, maka ia wajar untuk ditolak dan diganti dengan aturan yang lebih tersusun.
Kenyataan tersebut juga menyebut, “oleh kerana kita dapati RUU 355 ini bukan undang-undang Islam substantif tetapi lebih kepada prosedur, maka semua pihak termasuk bukan Islam juga wajar menyatakan pandangan dalam isi aturan undang-undang ini.
Jika terdapat pihak yang mempunyai cadangan untuk memperkemaskan lagi aturan ini, maka seharusnya kita terima tanpa mengira latar belakang agama.
Apabila meneliti kenyataan tersebut, kita dapat simpulkan bahawa RUU 355 ini bagus kerana ia bertujuan untuk meningkatkan bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah.
Tetapi yang menjadi kebimbangan adalah dari sudut pelaksanaan, kecukupan fasiliti dan sejauh mana kemampuan sistem undang-undang di peringkat negeri bersedia untuk menjalankan hukuman tersebut.
Cadangan
Sebagai kesimpulan, pertama, perlunya rundingan dan perbincangan dengan banyak pihak, antaranya pihak berkepentingan dalam isu ini, seperti bidang penguatkuasaan, pendakwaan, hakim Mahkamah Syariah, peguam syarie, dan jabatan-jabatan agama untuk memastikan kelancaran proses pindaan akta ini.
Kedua, perlu ada usaha untuk memberi kefahaman sebenar dari sudut perundangan kepada golongan bukan Islam.
Namun, tidak bermakna mereka tidak boleh menyokong atau membantah selepas mereka sudah memahaminya.
Ketiga, perlu memberi penekanan kepada kelengkapan kemudahan dan sistem sokongan sebelum pindaan Akta 355.
Contohnya institusi penjara, pemakaian kaedah pembuktian Mahkamah Syariah yang lebih menyeluruh, memastikan semua daerah mempunyai jumlah hakim syarie yang mencukupi, dan mempersiapkan pelatihan profesional kepada pihak-pihak yang akan terlibat sebagai contoh bahagian pendakwaan, guaman, kehakiman dan pengurusan Mahkamah Syariah.
Keempat, semua pihak perlu berhenti dari mempolitikkan isu ini dan mengelirukan masyarakat umum dengan persepsi yang tidak tepat dengan sudut pandang undang-undang.
Islam sepatutnya perlu dipersembahkan dengan baik, rahmah dan harmoni, bukan sekadar melalui perlaksanaan bidang kuasa mahkamah.
Tetapi juga dalam konteks syariah secara keseluruhan bagi mencapai lima maqasid syariah yang dijanjikan oleh Allah akan membawa kebaikan kepada manusia.
Kita mengharapkan suatu hari nanti syariat Allah mampu tertegak dalam kerangka keadilan dan rahmah. Semoga Malaysia menuju negara rahmah berasaskan maqasid syariah.
3) Ringkaskan berkenaan peristiwa keranda 152
Perarakan Keranda 152 dilakukan sebagai simbol kematian bahasa Melayu apabila bahasa Melayu tidak digunakan sebagai bahasa pengantar dan bahasa dalam bidang kehakiman. Bantahan itu terjadi pada 3 Mac 1967 di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Antara tokoh terpenting menggerakkan bantahan ini ialah Usman Awang yang ketika itu editor kepada beberapa majalah terbitan DBP. Pejuang bahasa pada masa itu hampa kerana bahasa Melayu tidak diletakkan pada kedudukan yang wajar menurut carta pemetaan Perlembagaan. Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 dengan jelas menyebut kedudukan bahasa Melayu akan dinaikkan peranannya secara berperingkat dari 31 Ogos 1957 kepada tahap lebih baik 10 tahun kemudian, iaitu pada 1967. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan juga meletakkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi dan Bahasa Kebangsaan. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan adalah sebahagian daripada kontrak sosial yang dipersetujui bersama oleh rakyat berbilang bangsa, termasuk Cina, India dan lain-lain.
Peristiwa Keranda 152 yang pertama itu melakarkan impaknya dalam sejarah sastera, sosial dan politik kebahasaan negara. Ia menandakan bahawa akan sentiasa wujud golongan Melayu yang prihatin terhadap perkembangan bahasa Melayu kurniaan Tuhan kepada bangsa ini. Empat puluh dua tahun selepas itu, muncul pula perarakan Keranda 152 yang kedua. Perarakan besar-besaran ini digerakkan oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Gerakan Mansuh PPSMI (GMP). Mereka menuju ke Istana Negara pada 7 Mac 2009 sebagai memprotes Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), kerana ia dilihat sebagai usaha ketara meminggirkan bahasa Melayu dalam subjek Sains, Matematik dan Teknologi di sekolah. PPSMI ternyata dasar yang gagal. Ia tidak dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris pelajar melalui subjek Sains, Matematik dan Teknologi. Sementara itu, pelajar juga kurang menguasai subjek itu, kerana tidak diajar melalui bahasa ibunda yang lebih mereka kuasai. PPSMI dibatalkan pada 2012. Bagaimanapun, ada segelintir individu masih percaya penguasaan bahasa Inggeris boleh ditingkatkan melalui subjek Sains, Matematik dan Teknologi.
Suara mereka didengar, lalu muncul DLP (Dual Language Program) untuk kira-kira 300 buah sekolah. Bagi pejuang bahasa Melayu, program DLP ini seperti menghidupkan semula PPSMI. Program ini dilihat sebagai satu lagi usaha meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu pengetahuan tinggi dan moden di negara sendiri.
4) Islam, Bahasa Melayu serta Institusi Raja - apakah rasionalnya?
PERKARA 3
- Sebagai agama yang dianuti oleh kaum majoriti,Islam sangat revelan dijadikan sebagai agama rasmi negara.
- Islam telah diterima sebagai agama utama semenjak Kesultanan Melayu Melaka sehingga penjajahan Inggeris.
- Semasa penjajahan British,agama Islam tidak diganggu dan pihak British menyerahkan segala urusan mengenai agama Islam kepada raja raja Melayu.
- Orang bukan melayu perlu memahami agama Islam menjadi agama rasmi kerana kedudukan agama mereka tidak terjejas dan mereka bebas untuk membangun,mengamal,
mengembangkan agamamereka selagi tidak menggangu ketenteraman awam. - Tiada perbezaan layanan antara orang melayu dan bukan melayu disebabkan perbezaan agama.
- Ia mempunyai rasional yang tersendiri.Sebagai agama yang dianuti oleh kaum majoriti,Islam sangat revelan dijadikan sebagai agama rasmi negara.
- Islam telah diterima sebagai agama utama semenjak Kesultanan Melayu Melaka sehingga penjajahan Inggeris.
- Semasa penjajahan British,agama Islam tidak diganggu dan pihak British menyerahkan segala urusan mengenai agama Islam kepada raja raja Melayu.
- Orang bukan Melayu perlu memahami agama Islam sebagai agama rasmi kerana kedudukan agama mereka tidak terjejas dan mereka bebas untuk membangun, mengambalkan, mengembangkan agama mereka selagimana tidak mengganggu ketenteraman awam.
PERKARA 11
- Setiap orang berhak untuk menganut agamanya dan mengamalkannya
- Undang-undang Negeri dan Wilayah boleh menyekat atau mengawal apa apa pengembangan agama lain kepada penganut agama Islam.
- Tiada cukai atau apa apa bayaran yang dikhaskan kesemuanya atau sebahagian bagi maksud sesuatu agama lain selain agamanya sendiri.
- Setiap kumpulan agama berhak untuk menguruskan hal ehwal agama mereka sendiri,menubuh dan menyelenggara institusi bagi maksud agama serta mentadbirnya mengikut undang-undang.
PERKARA 152
- Perlunya bahasa kebangsaan bagi menyatupadukan rakyat pelbagai kaum
- Bahasa Melayu telah menjadi lingua franca di Nusantara sejak berabad lamanya
- Bahasa Melayu lebih mudah dipelajari dan bersifat lebih tekal dari segi istilah dan sebutan
- Bahasa Melayu telah digunakan secara meluas sebelum Perang Dunia bagi tujuan rasmi
PERKARA 153
- Orang Melayu menerima prinsip Jus Soli dan bukan Melayu perlu menerima hakikat berkenaan hak keistimewaan orang Melayu.
- Semasa zaman penjajah dan di awal kemerdekaan, terlalu sedikit orang Melayu yang berkerja dengan kerajaan
- Orang Melayu hanya jadi pemerhati kepada kepesatan ekonomi di Tanah Melayu/Malaysia
- Majoriti orang Melayu adalah miskin terutama di luar bandar, sukar mendapat peluang pendidikan
- Orang Melayu masih kurang menceburi perniagaan dan perlu dibantu serta dibimbing
5) Analisakan perbandingan piagam Madinah dan Perlembagaan Malaysia
PIAGAM MADINAH
- Perlembagaan Islam pertama di dunia tahun 622 Masihi yang berpandukan wahyu Allah SWT
- Berasaskan persetujuan orang Islam dan orang bukan Islam
- Menjadi sandaran pemerintahan Rasulullah SAW dan hubungannya dengan pelbagai kaum dan agama.
- Mencatat tanggungjawab ketua negara dan rakyatnya
- Mempunya 47 fasal. 23 fasal peraturan sesame Isalam dan 23 fasal tentang Yahudi
PERLEMBAGAAN MALAYSIA
- Dikenali juga sebagai Perlembagaan Persekutuan
- Mengandungi 183 Perkara
- Undang-undang tertinggi di Malaysia
- Undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan dua dokumen iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 148 dan Perlembagaan Kemerdekaan 1957.
PERSAMAAN PIAGAM MADINAH DAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA
- Kebebasan beragama dan hak asasi manusia (Fasal 25 : kebebasan kepada penduduk Madinah amalkan agama masing-masing ; Perkara 3 &11 : hak untuk agama dan amalkan agama dengandamai)
- Hak dan tanggungjawab dari segi ketahanan dan pertahanan negara( Fasal 43 : tidak boeh diberi bantuan perlindungan kepada orang Quraisy ; Perkara 5 : kebebasan diri)
- Dasar hubungan baik dan saling membantu(Fasal 17 &45 : perdamaian ; Perkara 8 : kesamarataan)
- Warganegara berhak dapat perlindungan dan pertahankan hak masing-masing(Fasal 37 : orang tak boleh dianggap bersalah kerana kesalahan dilakukan sekutunya ; Perkara 7 : tiada siapa pundihukum kerana sesuatu perbuatan)
PERBEZAAN PIAGAM MADINAH DAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Piagam Madinah
|
Perlembagaan Malaysia
|
|
|
|
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan