Selasa, 4 Oktober 2016

Hasil dapatan kami 20161004

Nur Ain Shaqila binti Ishak

Pada minggu ini, saya telah mempelajari tentang pengisian surah al-Hujraat dari ayat 6 sehingga ayat 7. Berdasarkan apa yang saya fahami daripada huraian ayat 6, kita mestilah selidik atau teliti dalam apa jua berita yang kita terima daripada orang lain terutamanya golongan fasik. Golongan fasik adalah orang yang keluar dari garis panduan Islam. Ayat 7 pula, kenal dengan diri kita sendiri kerana Allah SWT telah mempercintakan iman kepada manusia dan juga membencikan kita kepada benda yang buruk. 

Maka, dengan ini saya berazam akan sentiasa teliti dalam apa jua berita yang saya terima terutama dalam media massa kini seperti televisyen, berita akhbar dan media sosial seperti Facebook. Sebagai orang Islam saya mestilah bersyukur atas nikmat yang telah dikurniakan kepada saya oleh Allah SWT. Hal ini kerana nikmat yang Allah SWT berikan hanyalah sementara di muka bumi ini.


Noor Atika binti Mazlan

Pada hari ini saya telah belajar tentang tafsir ayat al Hujraat. Maka saya berazam untuk tidak mencemuh org lain kerana org itu mungkin lebih baik disisi Allah. Seterusnya tidak buka aib orang lain dan diri sendiri. Jika kita buka aib orang diri kita yang akan dilihat buruk dari pandangan org laun kerana sikap kita yang suka menjatuhkan orang lain. Dan tidak panggil orang dengan nama gelaran yang buruk dan menjadi orang yang fasik. 

Saya berazam untuk tidak memanggil kawan dengan gelaran yang buruk sebaliknya memanggil namanya yang mempunyai maksud yang baik. Saya juga belajar untuk tidak berprasangka buruk. Kerana setiap sangkaan kita itu adalah dosa. Maka saya berazam untuk tidak cakap ‘kalau” pada perkara yang telah terjadi kerana itu adalah qada dan qadar yg telah tertulis. Maka saya tidak boleh meyesal dgn perkara yg telah berlaku dan mengambil iktibar utk masa depan.

Nur Diyana Assyiqin binti Khairul Afzanizal


Pada minggu ini, kami telah membincangkan topik yang telah dipelajari sebelum ini iaitu tentang perjanjian asali di mana masyarakat manusia terbentuk dari alam roh lagi supaya dijadikan pengajaran kepada kehidupan seharian kita. Kami juga telah membincangkan sedikit tentang tahap hubungan dalam masyarakat. Selepas itu, ustazah telah memberikan info dan detail detail untuk membuat blog bagi setiap kumpulan yang merupakan tapak segala kerja CTU555 kami. Selepas itu dengan berbaki masa yang tidak mencukupi, kami sempat membincangkan dua ayat daripada surah al-Hujurat ayat 6 hingga 13. 

Apa yang saya dapat ambil daripada ayat ke-6 ialah apabila mendapat berita yang datang kepada kita perlulah selidik dahulu dan jangan terus percaya supaya tidak menyesal nanti.Dalam ayat ke-7 pula pentingnya kita mengenali dan mempunyai ilmu tentang Rasulullah SAW dan mengajar kita supaya mempercintakan keimanan dan memperbencikan kefasikan dan kedurhakaan.

Nurmazatul Syafina binti Maktar

Apa yang saya belajar hari ini ialah golongan fasik dan munafik. Golongan fasik ialah golongan yang berterusan melakukan maksiat dan  munafik ialah orang yang berpura pura baik. 



Maka dengan ini saya berazam  untuk menjauhkan diri akan sifat sifat golongan yang fasik dan munafik kerana sifat ini sangat dimurka oleh ALLAH. 


Mohamad Fayyadh Zulkamal bin Mohd Mahali

Pada harini saya telah belajar berkenaan tafsir surah al-Hujurat ayat 6 hingga 13 serta mempelajari perbezaan istilah fasiq dan munafik. Di dalam kelas itu, dibincangkan mengenai maksud terjemahan ayat tersebut - bukan sahaja dari segi makna, malah secara mendalam. Diceritakan dalam ayat 6 bahawa setiap berita yang datangnya daripada orang fasiq haruslah diselidiki dahulu. Pada ayat 7 pula tercatat mengenai tugas Rasulullah S.A.W serta mengapa tidak baginda s.a.w tidak menuruti kehendak pengikutnya. Di antara kedua-dua ayat diceritakan mengenai golongan fasiq yakni golongan yang berterusan melakukan maksiat meskipun mengetahui bahawa hal berkenaan bakal mencelakakan mereka. Manakala golongan munafik pula adalah golongan yang berpura-pura Islam padahal hatinya tidak.

Maka dengan ini saya berazam untuk mendekatkan diri (mengenali) nabi Muhammad s.a.w agar tidak dikategorikan sebagai fasiq atau munafik secara sedar mahupun tidak sedar. Selain itu, adalah penting untuk kita tidak menerima sebulatnya berita yang muncul samada di dada akhbar mahupun kaca TV, apatah lagi media sosial, selagi tidak menyelidikinya dengan sendiri.

Muhammad Firdaus bin Razmi

Pada harini saya telah pelajari tentang asal-usul pelajaran asali. Ia merujuk kepada sebuah perjanjian antara manusia dengan Allah.

Maka dengan ini saya berazam untuk memenuhi perjanjian tersebut dengan menjadi manusia yang taat kepada perintah Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan